Saturday, July 5, 2014

Day 4 - Bali

Selamat pagi semua. Macamana puasa setakat ini? Alhamdulillah aku masih berpuasa, masih belum ada tanda nak off lagi. Hehehe. Mari kita sambung cerita trip di Bali. Dah tak banyak lagi ni tapi aku akan berusaha untuk habiskan cerita trip di Bali secepat mungkin. Maaf buat korang tertunggu-tunggu pula. 

Pada hari keempat di Bali, destinasi seterusnya ke Bedugul. Apa yang ada di Bedugul ni? Di sini letaknya Pura Ulun Danu Bratan iaitu kuil yang paling cantik di Bali dan ia adalah salah satu tempat wajib dikunjungi. Untuk memasuki kawasan ini, bayaran sebanyak Rp30,000 untuk seorang. Memang cantik tempat ni I tell you. Patutlah ramai yang datang ke sini. 

Pintu masuk. Suka tengok pintu gerbang dia. 



Kebetulan pula, masa aku sampai ada pula artis Indonesia sedang shooting. Aku dapat tahu nama artis yang ada masa tu ialah Citra Kirana. Of courselah aku tak kenal tapi aku sempatlah google nama dia. Nak tahu tak yang mana satu?

Sibuk shooting tu.

Muka orang nak menyibuk shooting. 

Inilah Citra Kirana. Lawa dan muda orangnya. (ihsan Google)

Bila ada di sini, haruslah ambil gambar banyak-banyak. Malaslah aku nak kongsi semua gambar aku. Nanti ada yang muntah hijau bila tengok gambar aku. Dahlah kawasan sini, terasa sejuk dan nyaman. Rasa nak stay lama-lama kat sini. 

Di sini juga ada ramai orang yang menjual buah strawberi memandangkan ia terletak di kawasan tinggi, sangat sesuai untuk menanam buah strawberi. Murah, besar dan manis buah strawberinya. Kalau tahu, aku nak je beli banyak-banyak. Bayangkan 1 bekas besar buah strawberi harganya ialah Rp25,000 lebih kurang dalam RM8. Kat sini mana nak dapat wooi. 

Untuk makan tengahari, ada disediakan buffet tapi aku tak nak. Jangan risau, ada kedai makanan muslim yang terletak bertentangan dengan pintu masuk Bedugul ini. Makanan dia sedap dan murah. 

Soto ayam. 

Sate ayam. 

Ayam bakar Taliwang. 

Ayam penyet.

Nama kedai makan dan menunya. 

Makan pun sudah dan solat pun sudah, seterusnya ke Tanah Lot. Macam biasalah, kalau masuk mana-mana tempat pelancongan di Bali mesti dikenakan bayaran. Di sini bayaran sebanyak Rp30,000 seorang dikenakan. Ada banyak gerai yang menjual barang-barang yang boleh dijadikan cenderamata. Aku asalnya tak merancang nak beli pada mulanya tapi bila tengok lukisan yang ada situ punyalah cantik, manalah aku tahan. Aku siap beli 2 buah lukisan tapi ikutkan hati nak beli banyak lagi. Bila fikir semula, macamana aku nak bawa balik nanti? Mana aku nak sumbat pula? Nasib baik aku cepat-cepat sedar diri. 

Ada jual baju dan topi. 

Eh?? Selalu nampak jual benda ni di Bali. Aku tak faham kenapa. 

T shirt. 

Jalan terus lagi, nanti akan sampai ke kawasan kuil Tanah Lot. Oleh sebab kuil ni terletak di kawasan pantai, untuk jalan ke kawasan kuil datanglah sebelah petang sebab airnya surut. Kalau datang sebelah pagi, air pasang jadi tak dapatlah nak jalan ke kawasan kuil. 

Kuil Tanah Lot. 

Pantai.

Ramai juga photographer yang sudi ambil gambar kita dengan bayaran murah. Boleh siap print gambar kita untuk dijadikan kenangan. 

Lebih kurang pukul 6 petang, kami pun balik ke hotel. Adik-adik aku pula pergi spa. Aku tak pergi sebab aku malu. Auww! Ramai juga yang cadangkan ke spa bila ada di Bali. Mungkin lain kali aku pergilah. Makan malam di hotel sahaja sebab malas nak keluar lagi sambil menunggu adik-adik aku balik dari spa. 

Ok, kita sambung hari terakhir di Bali. 

p/s: sikit je lagi ni. 

2 comments:

  1. Salam mazu selamat berpuasa, Jm dh start 'off' nih :-)
    Kiranya klau ke bali perlu prepare asing2 utk duit entrance tuk semua tempat menatik d sana lah ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kena asingkan duit entrance. Nak wat camna, inilah hasil pendapatan mereka.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails