Wednesday, July 30, 2014

Belasungkawa Mizi

Hari ini hari raya ketiga dan pagi tadi aku dikejutkan berita yang sedih. Kawan sekolah rendah, Mizi telah meninggal dunia. Bukan aku sahaja yang terkejut, malah semua yang mengenali arwah Mizi. Aku tak tahu pula kalau arwah Mizi ada penyakit yang serius tapi apa yang aku tahu daripada sumber yang boleh dipercayai, arwah Mizi sakit dada dan mungkin meninggal dunia sebab serangan jantung. Serangan jantung jangan buat main-main sekarang. Arwah mak aku dulu pun meninggal dunia sebab serangan jantung.  

Aku tak dapat nak menziarah keluarga arwah Mizi sebab aku berada di Temerloh. Terkilan juga sebab masa puasa baru-baru ini arwah Mizi pernah ajak aku buka puasa di kedai Panggang dia tapi tak sempat. Kali terakhir aku jumpa arwah Mizi pada bulan April. Oh ya, cerita pasal kedai Panggang arwah Mizi pernah keluar dalam Jalan-Jalan Cari Makan bulan ni. Hebat kan?

Untuk pengetahuan semua, aku pernah cerita pasal arwah Mizi dalam entry aku sebelum ini. Boleh rujuk di sini untuk lebih lanjut. Arwah Mizi meninggalkan seorang anak perempuan yang berumur 2 tahun dan balu yang masih mengandung. Sedihnya, macamana ya bakal anak tak dapat jumpa ayah dia kan? Semoga keluarga arwah Mizi tabah menghadapi dugaan ini. 

p/s: Al-Fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat. 

1 comment:

  1. Alfatihah buat arwah mizi wlaupun Jm x kenal beliau. Subhanallah meninggal d bulam mulia dan apa boleh buat ajal beliau dh sampai kan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails