Bila aku dapat kad jemputan kahwin daripada kawan sekolah, Mizi aku memang teruja sangat sebab inilah kali pertama aku terima kad yang bukan kad jemputan kahwin yang biasa pernah aku dapat. Sangat kreatif! Masa kad ni sampai, aku masih di Indonesia. Kawan aku siap cakap, kad Mizi ganas! Rasa tak sabar nak balik nak tengok kad kahwin Mizi.
Macam nak ajak tengok wayang!
Aku kenal Mizi dah lama semenjak dari darjah 3 lagi. Kami bukan sahaja pernah 1 kelas malah rumah kami dekat sahaja.
Mizi memang terkenal dengan sifat yang kelakar dan periang. Suka sangat melukis kartun sampaikan habis buku latihan jadi mangsa untuk dibuat komik. The best part, akulah orang pertama akan dapatkan buku komik Mizi! Kalau nak baca buku komik dia, kena bayar 5 sen.
Ini gambar kelas 4 Putih. Gambar Mizi yang dalam bulatan.
Cerita pasal kenduri kahwin Mizi hari ini, bukan sahaja untuk meraikan pengantin baru tapi juga dapat jumpa balik kawan lama. Ala-ala mini reunion gitu. Sempat jumpa kawan yang bertahun-tahun tak jumpa, aku rasa sangat gembira.
Bila nak menjamu selera, ada sesuatu yang menarik perhatian aku.
Hiasan yang diletak di atas meja makan. Pop Corn Melayu ok. I like! Nampak tak dalam kad ada tulis "relaks dan saksikan cerita hebat musim ini." Sempoi gila!
Ada kacang dalam bekas pop corn melayu! Sambil menjamu selera, makan kacang sekali. Macam nak tengok wayang. Hehehe..
Mana gambar pengantin? Pastilah ada. Masa aku kenalkan diri aku kepada isteri Mizi, aku kenalkan sebagai kawan sekolah rendah dan rumah kami dekat sahaja.
Pengantin baru Mizi dan Azila.
Kepada Mizi, aku ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia ke akhir hayat.
p/s: lepas ini giliran siapa pula?
first time tgok tema cam ni..kagum la..
ReplyDeletesokong! :)
ReplyDelete