Hai..jumpa lagi. Lama kan aku tak update blog. Banyak sangat perkara berlaku semenjak akhir-akhir ini yang terpaksa aku lakukan. Bermula dengan dapat arahan daripada boss kena pergi ke Pagoh sempena acara Digital Pagoh untuk jaga booth. Bayangkan aku dapat notis cuma dalam beberapa hari sahaja. Digital Pagoh ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Jun.
Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman sepanjang aku di sana. Sepanjang acara Digital Pagoh, aku bermalam di Muar. Dahlah kena pergi sendiri sebab bas yang disediakan dah penuh. Nasib baik ada kawan yang sanggup temankan aku ke sana. Aku manalah berani nak ke sana seorang. Jauh pula tu. Lagipun aku tak pernah sampai ke sana. Kiranya ini merupakan pengalaman baru aku.
Pada 5 Jun, bermulalah perjalanan aku ke Muar yang mengambil masa 2 jam setengah dari Bangi. Nasib baik boleh claim ke sana. Kalau tak, jangan haraplah nak suruh aku ke sana. Untuk pengetahuan semua, masa ke Muar bukan aku yang drive. Gila kau..aku tak pernah bawa kereta jauh-jauh.
Dah sampai Muar..sebut betul-betul ok..Muor. Hehehe...
Pekan Muar ini cuma sebuah pekan kecil. Tak banyak bangunan tinggi yang ada di sana. Aku suka tengok bangunan lama yang masih tersergam. Ala-ala klasik gitu. Di Muar, aku stay kat Hotel D'99. Tak salah aku, hotel ini baru je buka pada tahun lepas.
Singgah sebentar di Tanjung Emas.
Sempat lagi ambil gambar. Say cheese!
Sesiapa nak naik bot boleh naik kat sini. Boleh bawa sepanjang Sungai Muar.
Bila sampai Muar, mesti cuba Mee Siput yang dicicah dengan sambal. Sedap sangat! Sekeping Mee Siput cuma 60 sen sahaja.
Pada keesokan hari pukul 7 pagi bertolak dari Muar ke Pagoh yang mengambil masa dalam 30 minit. Acara perasmian berlangsung pukul 9.30 pagi tapi orang dah ramai sampai. Semangat betul, ek. Aku pun dah terikut-ikut style cakap Muar. Sikit-sikit ada ek.
6 Jun - Digital Pagoh
6 Jun - Digital Pagoh
Suka tengok poster Digital Pagoh, "Meh lah datang, ek".
Booth aku yang aku kena jaga.
Booth aku lagi.
Timbalan Perdana Menteri singgah ke booth aku. Ramainya orang.
Sepanjang aku jaga booth, RTM ada buat lintas langsung dari Digital Pagoh dan sempatlah aku berlakon sekejap untuk berita ringkas TV1 pukul 9 pagi. Aku siap call rumah, minta buka siaran TV1 semata-mata tengok aku masuk TV. Hahaha..nampak sangat aku gayat kan? Bila lagi nak masuk TV? Adik aku siap sound aku, "penuh muka kat TV". Sabar je lah aku..
Kalau nak dibandingkan Digital Pekan dengan Digital Pagoh, aku rasa kat Pekan lagi happening. Salah satu sebabnya, first time buat kat Malaysia dan tempat Perdana Menteri. Of courselah lagi ramai orang yang datang. Lepas ni tak tahulah bandar mana yang nak didigitalkan. (ada ke perkataan ini?)
p/s: lain kali suruh orang lain yang pergi, ek!
Muooorrr!! sebut betul2.. dan ingat, slang 'eik' dibelakang ayat :D
ReplyDelete