Lepas kerja aku dengan kawan-kawan opis plan melalak kat Green Box Jaya Jusco Cheras Selatan. Aku siap booking last week manalah tahu malam ni orang ramai terus tak dapat bilik nak melalak. Asalnya 5 orang nak join tapi entah macamana ada seorang kawan tak dapat nak join sebab ada hal emergency. Hmm tak apalah..plan melalak harus diteruskan walaupun tak cukup ahli. Alang-alang sampai, baik kita teruskan. Betul tak?
Lama betul aku tak melalak ni. Last time rasanya tahun 2008 itupun kejap sangat. Pergi masa lunch hour. Tak dapat nak layan lebih-lebih takut lambat masuk kerja balik. Kali ini sempena mahu bergembira dengan kawan-kawan yang akan tinggalkan opis dan pada masa sama nak lepaskan tension kat boss.
My strategy? Tak ada apa-apa strategy. Layan je lagu apa yang ada tapi apa yang aku dapat simpulkan, ada 2 jurang zaman. Apa taknya aku dengan Rita nyanyi lagu zaman 80-90an. Lagu zaman kita orang muda-muda dulu. Manakala yang generasi muda, Na'ilah dengan Chika nyanyi lagu sekarang. Apa-apa pun, kita orang layan semua!
Tengah warm up. Masih malu-malu lagi nak nyanyi.
Nyanyi lagu Mas Idayu, Senggol-senggolan. Pegang mic ikut style Mas Idayu.
Na'ilah tengah nyanyi lagu jiwang. Layan!!
Go Chika!!!
Alamak Chika naik angin beb.
Yeah..nyanyi puas-puas.
Sampai rumah terus sakit tekak. Aku tak tahulah esok macamana. Harap-harap suara aku ada. Kalau tak ada, pakai sign language lah. Hahaha..
p/s: bila nak melalak lagi ya?
No comments:
Post a Comment