Saturday, May 22, 2010

Happy Birthday Sara

Yeaah!! Hari ini birthday anak saudara aku, Sara Fatihah yang kelima. Dah besar panjang anak dara seorang ini. Tak padan dengan badan kecil, mulut dia memang tak reti nak duduk diam. Ada sahaja cerita nak kongsi dengan aku. Umur macam Sara ini adalah waktu suka bercerita. Hmm...so kita layan je lah. 


Sara dengan birthday cake yang ditempah oleh Mami. 

Macamana nak potong kek ni?

Jamuan makan birthday Sara buat sebelah pagi sebab Mami Sara kena masuk kerja pukul 12 tengahari. Kiranya birthday breakfast. Hehehehe..Aku siap beli nasi lemak, pulut dengan rendang ayam dan kuew tiow goreng kat pasar dan Mami Sara siap beli roti canai lagi. Aku tak sempat nak prepare apa-apa tapi yang penting perut kenyang! Oh ya, kali ini Mami Sara sempat tempah kek barbie khas daripada kawan dia untuk Sara. 

Lepas Mami Sara pergi kerja, yang lain layan marathon movie. Layan cerita Alice in Wonderland, Avatar (aku terlelap kejap) dan Ocean 11. Itu pun ada hati lagi nak sambung tapi aku dah tak larat lagipun dah petang.

Anyway, Happy Birthday Sara Fatihah. Many happy returns and be a good girl ok. 

p/s: sorry tak sempat nak beli hadiah. gaji belum masuk lagi. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails