Friday, May 28, 2010

Nak stay atau keluar?

Tak sangka aku dah kerja 3 tahun kat opis sekarang. Cepat betul masa berlalu. For the record, aku rasa kat opis sekarang ni adalah tempat paling lama aku pernah stay. Kalau sebelum ini, setakat 1-2 tahun lepas tu cari kerja lain. Antara alasan aku cari kerja lain sebab aku nak sambung belajar, company dah tutup dan tak tahan dengan kerja tersebut. 

Tiba-tiba aku terfikir sekejap, berapa lama aku nak kerja kat opis sekarang ni? Bukannya aku tak suka kerja kat tempat sekarang ni. Ya..aku tahu memang banyak faedah yang boleh aku perolehi tapi kalau dapat boss yang gila meroyan, siapa boleh tahan? Boss yang tak ada pendirian tetap, angin tak tentu pasal dan perasan dialah paling hebat. Ada sesiapa boleh kerja dengan dia? Sila angkat tangan. 

Pada mulanya aku nak stay lama-lama kat opis sekarang ni sebab aku dah malas nak cari kerja lain. Dahlah dekat dengan rumah dan dapat pula kawan-kawan yang sentiasa supportive. Sayang pula kalau nak keluar. Ok...beri aku masa lagi 2 tahun. Biar aku habiskan MBA aku dulu. Biar aku habiskan semua hutang aku, loan JPA, loan kereta dan loan komputer. Lepas tu, kita tengok dulu apa yang akan berlaku sama ada aku perlu lagi stay atau keluar. 

p/s: berikan aku kekuatan untuk teruskan kehidupan.

1 comment:

  1. sbr makcik sbr. meh kita bercuti dulu!!! Dah tak sabar ni doh...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails