Sunday, November 30, 2014

Kajang #throwback

Aku ingin  membawa semua untuk mengimbas kembali kenangan pekan Kajang. Aku dapat gambar ini daripada whatsapp group kawan sekolah rendah. Tak salah aku, gambar ini diambil sekitar 1980-1990 an. Lama betul gambar ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi. 

Nak ikutkan dulu, pekan Kajang ini adalah sebuah pekan kecil sahaja. Tak banyak bangunan tinggi ada pada waktu itu. Selalunya kalau nak ke Kajang, rata-rata memilih untuk naik bas sama ada bas Fo Hup (warna hijau) atau bas Sum (warna merah). Nak buat macamana, memang bas banyak masa tu kalau nak dibandingkan dengan pengangkutan awam lain.

Bukan itu sahaja, nak beli barang dapur, peralatan sekolah, baju dan lain-lain boleh sahaja didapati di Kajang. Sebut sahaja nama kedai seperti Chip Lee, Sang Lee dan Ali Store, orang lama Kajang dan Bangi mesti tahu punya. Hehehe..

Memang banyak kenangan indah masa muda-muda dulu. Aku selalu lepak di kedai kayu yang terletak di belakang stesen bas. Sambil menunggu bas datang, sempat lagi makan mee goreng dan minum ABC. Bukan sahaja sedap, murah pula tu. Bestnya kalau dapat kembali masa zaman tu. Rasanya masa tu kita bebas nak ke mana-mana dan tak banyak kes kehilangan anak seperti sekarang. 

Mari aku tunjukkan gambar lama pekan Kajang. Siapa yang masih ingat, beritahu aku ya dan jangan lupa untuk komen sekali. 

Kenangan pergi Kajang naik bas Sum.


Round about dah bertukar menjadi flyover dan jambatan. 




Stesen Bas Fo Hup.  


Tempat ni dah jadi bangunan Plaza Metro Kajang.


Macam-macam jual di kedai kayu ni. Kat sini juga selalu makan mee goreng bila balik dari sekolah. 

p/s: nostalgia betul. 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails