Sunday, January 10, 2010

You can do it

Rasa lega bila dah habis exam. Aku dapat rasakan yang semester lepas cepat betul berlalu. Semester baru akan mula insya-Allah pada bulan Febuari. Dalam 1 bulan ni bolehlah rileks sekejap. Sempatlah aku nak jalan-jalan dan lepak kat rumah.

Apa yang aku rindu sangat pasal belajar ni? My classmate! Walaupun background kami berbeza-beza, bila jumpa semua tak kira yang tua atau muda, tak kira pangkat tinggi atau rendah boleh jadi ngam. Lebih-lebih lagi kalau dapat jumpa Mr. X. Hehehe..

Untuk semester depan, aku masih tak tau lagi kena ambik sabjek apa. Ikutkan dalam senarai yang diberi, aku ada lagi 10 sabjek nak kena habiskan. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk habiskan semua sabjek. Kalau aku ambil 2 sabjek untuk 1 semester, ada lebih kurang 5 semester lagi. Perrgghhh banyak tu.

Sabar ok...pejam celik sure tak sedar cepat masa berlalu. You can do it! Tanamkan semangat hari-hari yang aku boleh lakukan. Betul tak?? Siapa lagi nak bagi semangat? Mr. X? Itu cuma sumber inspirasi je. Apa-apa pun semua kena bermula pada diri sendiri.

Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Ingat tu!

p/s: tak ada sumber inspirasi, tak dapat buat kerja

Batuk lagi


Aku nak minta maaf sangat-sangat. Aku lambat nak update blog. Aku tak berapa sihat baru-baru ni. Habis exam hari tu, aku terus demam. Hari pertama masuk kerja tahun 2010, badan rasa tak berapa sedap. Terus pergi ke klinik dapat MC.

Dah dapat MC terus lepak rumah adik aku. Sambil-sambil lepak layan kejap cerita apa yang ada. Hmm...alamak yang ada cuma cerita budak-budak. Layan je lah daripada tak ada langsung! Hehehe..

Masuk kerja balik on the next day, asyik batuk je. Aku memang tak tahan sejuk ditambah pula dengan kerongkong dok gatal je. Rasa macam nak garu je anak tekak ni. Aku tak dapat nak tumpukan kerja sebab batuk je. Dah makan 2 botol ubat batuk dan minum bergelas-gelas lemon madu suam konon nak legakan tekak. Tak hilang juga batuk aku.

Sejak semalam, suara aku terus kejap ada kejap tak ada. Kalau sesiapa nak ajak aku pergi karaoke, aku tak dapat nak join. Macamana nak karaoke kalau suara dah tak ada. Kejap ya..aku nak testing. One two three..hello hello testing. Suara ada tapi serak-serak. Kalau nasib tak baik, dapat dengar angin je. Apalah nasib aku kali ni.

p/s: bila nak baik batuk aku ni?

Sunday, January 3, 2010

Student life

Alhamdulillah..

Beban yang aku tanggung selama ini dah selesai. Baru petang tadi habis final exam. Walaupun open book,  jenuh juga aku nak cari jawapan. Masa yang diberi 3 jam rasa macam tak cukup je. Kejap-kejap selak buku, kejap-kejap selak nota..mana 1 jawapan aku nak tulis ni? Next semester insya-Allah start bulan Febuari so sempatlah aku nak rehat sekejap 1 bulan.

Mari aku tunjukkan gambar adegan-adegan menarik classmate aku.



My MIS lecturer, Prof. Madya Azizi Zakaria




Last minit nak kena siapkan assignment. Cepat woooi!




Take a break for a while.




Macam nak gaduh je bang..ilek aaa


Discussion atau tengok video klip?

Esok dah start kerja balik selepas cuti panjang. Eii rasa malas nak masuk kerja. Esok juga start sekolah. Siapa yang hantar anak masuk darjah 1, aku ingin ucapkan all the best. Pengalaman masuk darjah 1 adalah pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Memang best!! Semangat betul nak ke sekolah.

p/s: kena bangun awal..takut jem

Mana dia Mr. X?

Thank you so much kepada Ikmal, classmate aku yang ambil gambar kelas semalam. Aku memang ada plan nak ambil gambar tapi nak buat macamana kamera rosak lah.

Nak tau yang mana satu Mr. X aku tu?

Jumpa tak? Cari dulu ok. Kalau siapa tau..sila beri message kat aku ya.

p/s: tunggu siapa yang tau yang mana 1 Mr. X aku tu..

Friday, January 1, 2010

Selamat tahun baru 2010



Entry pertama untuk tahun 2010. Aku tak tau nak start macamana kali ni. Selaunya aku memang ada masalah nak mula tapi kalau dah dapat gear..terus laju je. Hehehe.. For start, semalam aku demam sebab berjangkit daripada ayah dan adik aku. Terpaksa aku ke klinik ambil ubat. Orang pun tak ramai nak tunggu so kejap je lah urusan aku kali ini.

Dahlah dapat doktor yang handsome..muda pulak tu. Masa dia check dengan stetoskop, habis dia tekan kat dada aku ni. Ambooi kau ni nak ambil kesempatan kat aku ke? Dok tekan-tekan kuat pula tu. Kurang asam punya doktor.

Rugi cuti aku semalam. Nak buat macamana dah nak kena demam, terima je lah. Eiii aku paling tak suka kalau sakit masa cuti. Konon nak ambil cuti nak rehat-rehatkan diri tapi lain pula jadinya.

Sabar..sabar..sakit tu boleh hapuskan dosa kecil. Betul tak??

p/s: makan ubat kalau nak cepat sembuh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails