Sunday, January 16, 2011

Banyak kerja laaa

Agak sibuk kebelakangan ini. Minta maaf tak dapat nak update selalu blog. Semua benda nak buat pada masa yang sama. Nak siapkan assignment, final exam tak lama lagi dan ditambah pula kerja kat opis yang tak pernah nak habis. Hmmm sabar je lah ya. 

Rasa tak puas kalau tak dapat nak update blog. Rasa rindu pula rasanya. Cewaaahh! 

Sambil-sambil tu, aku sempat lagi  lompat-lompat baca blog orang lain untuk dapatkan ilham. Alangkah bagusnya kalau ilham datang selalu, bolehlah aku kongsi cerita kan? Kalau dah ilham tak datang, cubalah macam-macam sampai berdarah hantuk kepala kat dinding. Mesti tak dapat punya! Percayalah. 

Oh ya! Lupa nak beritahu. Minggu lepas ada staff baru masuk department aku. Setakat ini, belum ada apa-apa masalah yang timbul. Hmm..masih baru lagi. Belum kenal sepenuhnya. Boss pun dah beri amanat-amanat penting apa yang perlu buat. Frust sebab kali ini boss beri amanat tak lama. Cuma 1 jam setengah je. Kalau sebelum ini, sampai 2-3 jam! Amik kau! 

Jun? Aku rasa Jun makin dipinggirkan dan tiada siapa nak pedulikan dia lagi. Tak kuasa akak nak layan kau. Lagipun aku senang tanpa gangguan daripada dia. Syoooohh..dok jauh-jauh ok. 

Arggghh!! Esok hari Isnin. Hari yang paling aku tak suka. Rasa malas nak masuk kerja. 

p/s: cari semangat nak masuk kerja esok!

Friday, January 14, 2011

Konsert Francissca Peter


Fuyoo!! Fran buat konsert kat Istana Budaya pada 5-6 Februari. Aku nak sangat pergi sebenarnya sebab aku kan peminat dia dari dulu lagi. Tengok harga tiket paling murah RM99. Hmmm dapatlah seat yang jauh dan atas tu...nampak Fran pun kecil je. 

Kalau dapat pergi tengok konsert Fran, best juga. Bukan selalu Fran nak buat konsert solo beb! Ini pun dapat selepas 33 tahun berkecimpung dalam dunia seni. 

Masa tengok AJL 25 baru-baru ini, Fran nyanyi Sekadar di Pinggirian, mengimbas kembali kenangan masa muda-muda dulu. Cewaaah!! Suara Fran tak berubah langsung. 

p/s: ada sesiapa nak pergi konsert Fran tak? aku nak ikut sekali. 

Friday, January 7, 2011

Berkat hari Jumaat

Pagi tadi ada perhimpunan bulanan dan Chairman telah mengumumkan bonus dah masuk ke dalam akaun. Alhamdulillah. 


Bolehlah aku nak bayar hutang. Kalau tak, terpaksalah aku tunggu gaji masuk hujung bulan ini. Rasa macam lama sangat nak tunggu gaji masuk. Duit yang ada boleh belanja cukup-cukup je. Nak beli apa-apa, kena fikir banyak-banyak kali..nak beli atau tak. 

Lepas perhimpunan, disediakan makan tengahari. Makan free beb. Waaah!! Hari ini memang jimat. Tak perlu keluar duit belanja. Memang berkat hari Jumaat. Alhamdulillah. 

p/s: kalau macam ni selalu, alangkah indahnya hidup. 

Update Rombongan Cik Kiah

Alhamdulillah setakat ini plan Rombongan Cik Kiah berjalan dengan lancar. Aku dah call person in charge untuk urusan pengangkutan dan tempat tinggal di Kota Kinabalu. Terima kasih banyak-banyak kepada kawan aku, Fendi yang telah memberi maklumat yang sangat berguna untuk trip ke Kota Kinabalu. Maklumat kau sangat bagus! Ada lagi beberapa perkara nak kena uruskan dan rasanya boleh settle dalam masa terdekat. Ini adalah perkara penting supaya tak jadi kelam-kabut. 

Plan perjalanan sepanjang berada di Kota Kinabalu pun dah siap. Ikut plan aku, insyaAllah akan jalan-jalan sekitar bandar Kota Kinabalu, Kinabalu Park, Kundasang dan Ranau. Ahli-ahli rombongan pun dah kata ok jadi bolehlah aku teruskan dengan perancangan aku. Nanti aku akan kongsi sama-sama plan perjalanan aku di Kota Kinabalu. 

Doakan semoga perjalanan kami berjalan dengan lancar. 

p/s: apa yang best nak beli di Kota Kinabalu?

Wednesday, January 5, 2011

Pengalaman darjah 1

Dah masuk hari ketiga bekerja pada tahun 2011. Agak susah juga nak sesuaikan diri untuk kerja semula selepas cuti panjang. Jangan tak tahu pada hari Isnin, aku boleh sampai awal semata-mata tak nak elak kesesakan jalanraya. Pada hari yang sama, hari pertama alam persekolahan. Saat paling sibuk bagi mak dan ayah untuk hantar anak ke sekolah terutamanya kalau anak pertama kali masuk sekolah. 

Teringat lagi masa aku mula-mula masuk darjah 1 (berpuluh-puluh tahun yang lalu) di Sekolah Taman Seaport. Malam sebelum tu, tak boleh nak tidur sebab teruja sangat nak masuk sekolah. Baju, kasut, beg dan buku teks dah siap awal-awal. Tunggu masa je nak pakai dan bawa ke sekolah. 

Hari pertama sekolah, masing-masing bau kedai..apa taknya serba-serbi barulah katakan. Hehehe. Dapat pula kawan-kawan baru, seronok sangat! Ada geng nak main masa rehat nanti. Rasanya masa aku sekolah dulu, ingat nak main je. Aku siap sanggup sampai sekolah awal pukul 6.45 pagi (masa tu aku bersekolah sessi pagi) semata-mata nak main dengan kawan-kawan. Permainan masa tu, sekadar mainan yang simple-simple sahaja contohnya lompat getah, batu seremban, main kejar-kejar dan tutup botol minuman. Sangat berbeza dengan permainan budak-budak sekarang. 

Bila dengar kawan-kawan aku bercerita pasal pengalaman hantar anak sekolah, ada yang menangis tak nak berpisah dengan mak ayah, cikgu kelas garang sangat dan macam-macam lagi. Agaknya macamana dengan aku nanti ya? Sara pun nak masuk darjah 1 tahun depan. Rasa cepat masa berlalu dan ya aku sedar aku dah tua ok. 

p/s: rasa nak jumpa balik kawan-kawan masa darjah 1 dulu. agak-agak mana dia orang rasanya. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails