Tuesday, September 18, 2012

Ada apa dengan Bangi?

Bila orang tanya, ada apa dengan Bangi? Aku akan cakap, Bangi ada macam-macam. Betul..aku tak tipu punya.

Aku masih ingat lagi masa mula-mula pindah Bangi tahun 1983. Bangi penuh dengan hutan, rumah pun tak banyak lagi dan shopping mall memang tak ada lagi. Nak beli apa-apa, beli di Kajang sebab itulah bandar yang paling dekat. Nak beli baju sekolah, beli kat kedai Sang Lee atau kedai Ali. Beli buku sekolah dan alat tulis, beli kat Chip Lee. Kalau nak beli barang dapur, beli kat Billion, Ocean atau Great Wall. 

Kepada budak-budak yang mewah sikit, dia orang shopping jauh sikit contohnya di Kuala Lumpur. Dulu kalau beli baju di Globe Silk Store di Jalan TAR tu, bangga gila..jalan mendada, lubang hidung kembang je. Hehehe..

Sekarang ni? Memang jauh berbeza. Sebut pasal kedai makan? Kedai makan memang berlambaklah. Sebut sahaja, nak makan apa. Nak masakan Arab? Cina? Melayu? Western? Sate? Semua ada. Bukan itu sahaja, 1 Malaysia datang ke Bangi semata-mata nak berubat dengan Ustaz Harun Din. Hebat tak?

Pagi tadi aku jumpa ada video pasal Bangi. Siapa orang Bangi, mesti tahu. (kalau tak tahu, memang bukan  orang Bangi) Kali pertama aku tengok, aku gelak je sebab apa yang disampaikan memang betul. Walaupun aku tak kenal siapa yang buat video ni, aku ingin ucapkan tahniah! Korang memang sempoi! Skrip simple je tapi mendalam maksudnya.

Selamat menonton. 


p/s: bangga menjadi warga Bangi.

Saturday, September 15, 2012

Random entry

Ok..I'm back. Ini pun berusaha dapatkan semangat nak update blog hari ni. Tak ada apa-apa yang menarik berlaku sejak ini. Alhamdulillah, rezeki aku bertambah sikit sejak ramai orang order kek carrot. Boleh katakan dah beberapa malam stay up untuk bakar kek carrot (rasanya bil elektrik bulan ni mahu naik mencanak-canak!). Terima kasih semua yang telah order kek carrot aku. Semoga semuanya berpuas hati. Jangan malu-malu untuk order lagi ya.

Pagi tadi aku ke Kajang dan berjaya dapatkan jam retro yang aku inginkan sangat tu. Yeaaah! Sepanjang aku drive balik ke Bangi, senyum je. Senyum sampai ke telinga. Sekejap-kejap tengok jam walaupun dalam kereta aku dah ada jam.  Apa taknya, dah dapat apa yang diinginkan! 

Aku tak plan pun nak beli tadi tapi sambil-sambil aku usha kat kedai jam, jumpa pula jam yang aku nak. Tanya dulu harga berapa. Bila dapat harga memuaskan, tanpa fikir panjang, aku terus beli dengan harga RM165 dan terus pakai jam tu. Tak payah nak susah bungkus jam tu. Hehehe..

Akak suka jam ni!

Oh ya. Aku dah dapat tarikh konvo MBA di UUM iaitu pada 7 Oktober sidang pagi. Alhamdulillah semua classmate aku dapat konvo sama-sama termasuk yang baru sahaja selesai fnal exam pada bulan Ogos. Tahniah semuanya! Aku sebenarnya tak sabar nak jumpa Mr. X. Aku pasti mesti dia handsome sangat dengan pakai jubah nanti. (aku boleh cair masa tu). 

Semakin nak hujung bulan Syawal ni, semakin banyak pula jemputan rumah terbuka. Hari ini bukan sahaja jemputan rumah terbuka, jemputan kenduri kahwin pun ada. Adduuhh lari diet aku! Esok pun ada lagi ni. Memang rakyat Malaysia mewah makan dan kita patut bersyukur. Ingat, makan tu berpada-pada jangan sampai membazir ya. 

p/s: selamat bercuti panjang. selamat menyambut Hari Malaysia! 

Sunday, September 9, 2012

Malasnya

Angin malas update blog datang. Tengoklah esok lusa aku update lagi. 

p/s: tak idea nak tulis sebenarnya (alasan je tu..)

Tuesday, September 4, 2012

Jam retro

Kali pertama tengok jam ni, aku terus jatuh hati. Bak kata orang dulu-dulu cakap, "jatuh cinta pada pandangan pertama". Antara sebab aku suka jam ni ialah rekaannya yang ala-ala retro. Macam jam yang pernah aku pakai masa sekolah dulu. 

Jangan tak tahu, zaman tak ada PSP atau seangkatan dengannya, aku boleh main game dengan jam ni. Hebat tak? Punyalah kreatif budak-budak zaman dulu. Hehehe...

Pasal harga, sempat lagi aku usha, harga boleh tahan juga dalam lingkungan RM160++. Kebetulan bulan depan harijadi aku, sempat lagi nak kumpul duit untuk buat hadiah harijadi aku nanti. (kalau ada orang nak bagi jam ni untuk hadiah aku, lagi aku suka) 

p/s: eh bulan depan harijadi aku? tua dah akak ni.

Monday, September 3, 2012

Mini potluck

Potluck yang tak dirancang sebenarnya. Jemputan pun tak ramai cuma adik-beradik dan kawan rapat. Bila dah kumpul semuanya, mahu riuh dibuatnya. 

Aku sediakan kambing panggang dan jangan tak tahu ini adalah percubaan pertama. Hasilnya? Sangat memuaskan. Aku perap selama 2 malam dan panggang 3 jam (kalau panggang lama lagi, mesti lagi best). 

Kambing panggang yang siap dihiris.

Makanan yang lain? Mestilah ada. 
Dari atas kiri: garlic bread, pasta tuna, rock melon, salad kentang, sup cendawan dan salad. 

Dari atas kiri: beraneka minuman, lemon, ayam goreng radix, kuih raya, air oren dan kerepek. 

Untuk pengetahuan semua, boleh dikatakan kebanyakan makanan yang dihidangkan adalah home cook. Cewaah!

Ayah dengan cucu-cucu lelaki. 

Girls only ok. 

Aisya, si mata bulat. 

p/s: boleh buat lagi ni. next..rumah siapa pula. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails