Sunday, May 16, 2010

America's Next Top Model 14

Aku memang tak pernah miss tengok ANTM sejak episod 1 sampailah sekarang. Beberapa hari lepas diumumkan pemenang ANTM 14 iaitu Krista. Aku sebenarnya dah agak yang dia ni boleh menang sebab dia menunjukkan prestasi yang stabil. Selalu menang cabaran dan gambar memang selalu disukai oleh penel hakim. 

Krista, pemenang ANTM 14

Apa yang aku dapat komen pasal ANTM 14 (cewaah macam panel hakim professional), banyak betul drama yang berlaku. Ada minah perasan bagus, minah suka cari pasal, minah suka control ayu dan banyak lagi. 

Alasia memang Drama Queen betul. Rasa macam nak tampar je muka dia. Alamak emosional pula aku. 

Aku suka Raina. Rupa dia ada ala-ala Brooke Shield masa muda. 

Oh ya, aku lupa nak beritahu kat mana aku tengok ANTM ni. Aku tengok kat youtube. Kena rajin surfing kalau nak tahu perkembangan cerita ini. 

p/s: malas betul kalau cari bahan untuk kerja. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails