Monday, May 31, 2010

Monday Blues lagi

Arrggggghhh esok hari Isnin! Tak sukanya. Rasa malas nak datang kerja esok lepas cuti 3 hari. Patutlah orang cakap hari Isnin adalah Monday Blues. Rata-rata orang malas nak masuk kerja semula. Serba serbi..semuanya malas. Yeaaah the Big M I mean! Bukan Mc Donald ok. 

Aku dapat rasakan aku akan mengadap boss sebab untuk bincang pasal Industry Performance Report. Aku dah tak larat nak buat report ni. Masuk tahun ini, ini adalah tahun keempat aku buat. Setiap tahun pasti masalah sama akan berulang. Percayalah. Masalah yang berpunca daripada boss, dia yang tak boleh nak tetapkan pendirian. Geram aku! 

Itu belum lagi masalah translation yang pasti huru hara dibuatnya nanti. Upahlah orang yang lebih arif untuk translate. Dah itu memang kerja dia orang. Betul tak? 

Nasib baik aku masih bertahan lagi. Kalau ikutkan hati, aku nak tampar muka dia. Amik kau! Aku pun dah tak sabar nak bercuti minggu depan. Tinggal beberapa hari je lagi. Yeaaah baby! 

p/s: ada sesiapa nak kerja dengan boss aku?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails