Saturday, May 29, 2010

Bandung-Jakarta, here I come



10 Jun 2010, bermulalah projek 2010 iaitu trip ke Bandung-Jakarta. Plan asal bermula daripada 2 orang lepas tu bertambah dan sekarang menjadi 4 orang. FYI, trip kali ini selama 6 hari 5 malam iaitu 10-15 Jun menjelajah 2 bandar, Bandung dan Jakarta. Siapa sangka, tarikh tu akan tiba tak lama lagi. Macam tak percaya je kan? Punyalah lama aku book tiket dari tahun lepas dan setiap hari kerja aku dok tengok kalendar atas meja bila nak sampai tarikh keramat tu. 


Cerita pasal persediaan, mari kita tengok check list yang aku ada:

1. hotel dan transport kat Bandung-Jakarta - settle
2. beg - separuh settle sebab tak decide lagi patut atau tak nak beli beg besar
3. duit - plan nak tukar 5 juta rupiah dulu. rasa-rasa cukup tak?
4. pasport - settle
5. apply leave - tengah tunggu boss besar approved
6. kesihatan - so far ok cuma nak kasi fit sikit. nanti taklah pancit bila jalan jauh. hahaha..

Ada apa-apa nak tambah lagi? 

Nak beli apa ya kat sana? Aku cuma nak beli kain pasang untuk raya nanti. Berapa pasang agaknya untuk tahun ni? 10 pasang? Aku rasa taklah banyak tu. Mana aku nak cekau duit nak tempahnya pula. Hmm..beli purse (purse aku dah koyak ok), handbag, telekung dan kalau ada duit lebih, nak beli ole-ole sikit. 

Aku siap tambah berat bagasi daripada 15kg kepada 20kg. Manalah tahu bila sampai sana, terus hilang akal. Rasa nak beli semua je. Memanglah dah buat list apa yang patut beli tapi bila nampak benda lain yang lebih menarik, siapa boleh tahan. Itu namanya nafsu! 

Kepada kawan-kawan yang ikut aku nanti, amacam? Dah ready ke? Aku rasa dia orang sure borong macam-macam nanti. Jangan terlebih berat bagasi sudah. 

p/s: menghitung hari

2 comments:

  1. semua dah sedia!!! yang tgh usha ni ialah, kuatkan hati, mbeli jgn ikut nafsu!!! bag besar tapi kena ingat max weight.Tkt over & tak worth byr.
    Tak sabar!! Tak sabar!!!!

    ReplyDelete
  2. sabar makcik!
    tinggal beberapa hari lagi nak ke sana. yg penting kena kuatkan semangat. jgn mudah cair dengan godaan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails