Saturday, April 7, 2012

Makcik aku buat aku tertekan

Tertekan akak! 

Aku ada masalah dengan makcik aku. Masalah ni dah lama berlaku tapi aku dok pendam je dan kali ini aku tak boleh tahan. Nak tahu apa ceritanya? 

Makcik aku ni tak kahwin lagi dan dulu dia pernah bekerja di Kuala Lumpur. Semenjak dia bekerja di Ipoh, selalunya pada hari minggu dia akan balik ke rumah aku kat Bangi. Dia dah lama tinggal dengan kami semenjak tahun 1991 (dah 21 tahun) dan sepanjang dia tinggal dengan kami, aku tak nampak sumbangan kat rumah. Nak masak? Nak kemas rumah? HARAM nak buatnya. Apa yang dia selalu buat, baca surat khabar, tengok TV (semakin galak semenjak pasang ASTRO) dan tidur. 

Dahlah tu, barang-barang dia banyak bersepah kat ruang tamu sampai aku naik segan kalau orang datang ke rumah aku. Bukannya duit tak ada, gaji pensyarah mestilah banyak takkanlah tak boleh nak beli rak. Susun sikit barang-barang tu biar nampak teratur. Sakit mata aku melihatnya. 

Aku tak tahulah nak cakap apa, takkanlah dia tak ada perasaan bila tengok barang-barang bersepah macam tu. Eiii..kalaulah aku, memang pantang betul nampak barang sepah. Rasa cepat-cepat nak kemas. 

Kalau aku marah-marah, makcik aku ni bukannya budak-budak lagi. Lainlah macam Sara, Hadi dan Harith (anak saudara aku) pasti akan kena sedas-dua bebelan aku bila mereka buat sepah. Nak kata tak berpelajaran, makcik aku tu dah ada PHD. Hmm..nak marah pula kenalah pakai ayat-ayat educated  ya? Kalau tak, tak setaraflah dengan PHD dia tu. Hahaha..


Itu belum lagi hal-hal kerja rumah yang lain, memang tak buatlah. Bukan aku nak mengata apatah lagi nak mengutuk tapi kita dah lama sama-sama tinggal 1 rumah, sama-samalah buat kerja rumah. Kalau nampak rumah bersepah, cepat-cepat kemas. Kalau tahu nak makan, sekurang-kurangnya masak nasi. Susah sangat ke? Takkanlah aku nak ajar semua tu? Penatlah kalau kena buat macam tu selalu. Sekali tegur baru nak buat. Tak bolehlah macam tu. 


Contohnya apa yang berlaku hari ini. Dari pagi ke malam, akulah yang pergi ke pasar beli lauk, masak dan kemas. Tak ada siapa nak tolong aku pun. Nak harapkan makcik aku? Bermimpilah! Lepas makan, aku juga yang kemas meja dan basuh pinggan. Hello..aku ni apa? Bibik kau ke? Kalau betul aku ni bibik kau, haaaa ni bibik ada MBA ok. Sila bayar ikut gaji MBA ya. Amik kau. Kalau ada rezeki, aku sambung PHD nanti kita setaraflah! Gaji kau sama dengan aku lah nanti. 


Aku dah banyak kali mengadu dengan ayah aku mengenai makcik aku tu tapi dia sendiri tak tahu nak buat apa. Aku rasalah..memang dia dari dulu dah diasuh sebegitu rupa untuk belajar sahaja. Memang berbeza dengan aku dulu, dah diajar buat kerja rumah.  Oh ya. Aku pernah cerita pasal makcik aku dalam entry sebelum ni. Sila klik kat sini kalau nak tahu lebih lanjut. 


Aku teringat kata-kata arwah wan, tinggi mana kita belajar, kita sebagai perempuan kerja rumah jangan diabai. Aku setuju 100%. 


Apa kesudahannya? Ikutkan hati, kita bakor je macam Usop Wilcha dalam cerita Hantu Kak Limah. 


Kita bakor je..

Boleh sakit jiwa aku dibuatnya kalau makcik aku ada di rumah. Ada sesiapa boleh bagi idea? 

p/s: susah juga nak deal dengan orang bijak pandai ni. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails