Tuesday, June 3, 2014

Day 2 - Bali (part 1)

Kita sambung lagi pada hari kedua di Bali. Perjalanan bermula pada pukul 8.30am dan destinasi pertama kami adalah menyaksikan persembahan tarian Barongan. Tarian Barongan bermula pada pukul 9.00am dan berlangsung lebih kurang selama 1 jam. Memandangkan kami sampai awal bolehlah ambil tempat duduk di hadapan untuk menyaksikan persembahan dengan lebih jelas. Bayaran dikenakan sebanyak Rp100,000 seorang. 

Pentas persembahan tarian Barongan. Penari-penari akan keluar melalui pintu di tengah-tengah. 


Persembahan tarian Barongan. 

Agak sukar untuk aku memahami ceritanya sebab tak berapa tangkap bahasanya tapi nasib baik aku ada baca sedikit sinopsis mengenai tarian Barongan ini. Oklah sikit. 

Aku rasa ada part yang tak berapa sesuai untuk tontonan umum sebab ada unsur-unsur lucah sikit. Bagi aku mungkin itu cara mereka menghiburkan penonton. Konon nak buat kelakarlah. Kalau tak, mesti boring.

Selesai persembahan tarian Barongan, destinasi seterusnya melawat tempat memproses dan pembuatan batik, perak dan lukisan. Yang menariknya, satu kawasan akan mengkhususkan satu pembuatan. Orang memang ramailah masa tu terutamanya pelancong dari luar negara. Rasanya kami singgah sekejap sahaja tengok mana yang patut. Tak kuasalah aku nak duduk lama-lama. 

Proses mencanting batik.

Proses mengukir barang perak. 

Proses membuat lukisan dengan dimulakan melakar dan terus mewarna. 

Aku tak beli apa-apa sepanjang berada di sana. Mahal sangat harganya, lari bajet aku. Cukuplah untuk mengetahui serba sikit bagaimana proses sesuatu pembuatan. Betul tak?

Ke mana kita lepas ini? Kita sambung dulu ya. Boleh kan? 

p/s: teringat ukiran kapal yang besar harga Rp25 juta. perrgghh mahal!

2 comments:

  1. Byk jgk Jm dgr pasal show tarian barongan ni mmg x paham apa yg cuba d sampaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah alang-alang sampai sana kan, masa inilah kita nak tahu budaya mereka. saya cuba sedaya upaya nak faham tarian ni walaupun tak berapa tangkap apa yang dia orang cakap. :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails