Semenjak dua menjak ini panas betul rasanya. Bersesuaian dengan suasana kami pada hari ketiga di Bali, kami meneruskan perjalanan dengan menjelajah ke kawasan pantai. Lepas balik dari Bali, perkara pertama yang paling aku rindu ialah pantainya. Cantik sangat! Airnya jernih dan pantainya bersih.
Seperti biasa, kami tunggu Arif di lobi pukul 8.30 pagi tapi entah macamana hari tu Arif sampai lambat. Katanya jalan sesak sebab hari kerja. Berkali-kali Arif minta maaf sebab lambat sampai. Tak apa Arif, I'm oklah. Tak perlu nak risau lagipun bukannya nak tergesa-gesa sangat pun. Alahai Arif, orangnya muda lagi baru umur 28 tahun. Asal dari Jawa dan masih belum berpunya. Aku tanya kenapa tak kahwin lagi? Nak tahu apa jawapannya? Dia nak cari orang Malaysia. Amboi bukan main kau ya. Nak kenal Arif? Mari aku nak tunjukkan gambar Arif.
Yang kanan sekali itulah Arif.
Sambung balik cerita kita. Banyak pula celoteh aku kali ini. Destinasi pertama kami adalah ke Pantai Nusa Dua. Di sini ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Nak paragliding? Nak naik banana boat? Untuk kami, kami memilih untuk ke Pulau Penyu. Bukan apa, aktiviti ini sahaja yang tak perlu basahkan badan. Apa taknya, aku tak bawa baju lebih. Tak kuasa aku nak basahkan badan. Untuk pergi ke Pulau Penyu, perlu naik bot dan tambang ke sana adalah Rp300,000 seorang. Sebelum sampai ke Pulau Penyu, bot akan berhenti sekejap di tengah-tengah pantai untuk beri ikan makan. Kononnya boleh nampak banyak ikan di situ tapi aku tak nampak pun. Frust akak. Lepas tu, terus ke Pulau Penyu.
Ada sesiapa nak cuba?
Sampai di Pulau Penyu, dikenakan bayaran masuk sebanyak Rp5,000 seorang. Di sini kita boleh melihat sendiri penyu. Waah, inilah kali pertama aku melihat penyu betul-betul. Banyak juga penyu yang ada sebab di situ juga tempatnya mereka pelihara dan menjaga penyu dari telurnya menetas. Bukan sahaja penyu, ada binatang lain ada seperti burung, monyet, ular dan banyak lagi. Lebih kurang macam mini zoo jugalah.
Comelnya penyu ni.
Auw gelinya ular.
Burung enggang.
Kami lepak-lepak dulu di Pulau Penyu dulu sambil minum air kelapa. Banyak syok woo!! Aku kagum dengan pekerja yang ada di Pulau Penyu ini. Mereka betul-betul melayan setiap tetamu yang datang. Bila tahu yang datang tu orang Malaysia, mereka cuba bertutur dalam Bahasa Malaysia walaupun ada bunyi yang agak pelik. Kalau yang datang tu orang Australia, bukan sahaja cakap dalam Bahasa Inggeris malah siap ada slang lagi. Good Day Mate!
Lebih kurang 1 jam lebih lepak di Pulau Penyu, kami pun naik bot semula dan kembali ke Pantai Nusa Dua. Tak jauh pun, dalam 15 minit dah sampai. Di Pantai Nusa Dua memang ramai orang melakukan pelbagai aktiviti pantai tapi aku tengok je lah. (panas sangat ok)
Seterusnya kami ke Pantai Pandawa. Ini lagi satu pantai yang cantik di Bali. Sebelum sampai ke pantai, akan melalui tembok batu kapur lebih kurang sepanjang 1km.
Tembok batu kapur (ihsan Google).
Di hujung tembok batu kapur, baru nampak pantainya. Nak masuk ke kawasan Pantai Pandawa, bayaran masuk sebanyak Rp5,000 seorang dikenakan. Jangan risau, bayaran dikenakan sangat berbaloi sebab pemandangannya sangat cantik.
Pantai Pandawa.
Kebetulan masa aku sampai, memang ramai orang sebab masa tu adalah musim cuti sekolah di Indonesia. Rata-rata yang datang naik bas. Jadi boleh bayangkan betapa ramainya orang masa tu. Alamak wrong timinglah.
Tengok pantainya yang jernih dan biru.
Tengok pantai sambil makan jagung bakar. Kombinasi terbaik!
Jangan tak tahu, nak duduk bawah payung pun kena bayar. Aku ambil dua kerusi dengan bayaran Rp50,000. Bayar je lah. Lagipun panas kan. Sambil-sambil tu boleh cuci mata sekali. Hahaha..
Ok, kita sambung dulu. Lepas ini ada tempat yang menarik lagi untuk dikongsi bersama. Tunggu ya.
p/s: sayang aku tak mandi di pantai.
Trigat Cik Nun di pantai pendawa tu.cantik sangat..pantai ala2 ijau biru.pasir pantai putih...
ReplyDeletecantik kan?
DeleteSangat cantik..kalau ada rezeki nak pergi lagi
DeleteJom ke bali lagi. Hehehe
Deletesunburn weh kakak..hehehehe..syokkk gile..tenang je tgk pntai cntik
ReplyDeletepanas sgt masa tu. pantainya mmg best. cantik pula tu.
Delete