Maaf lambat sambung balik cerita.
Dalam entry sebelum ini aku ada cerita pasal kawasan tempat memproses dan pembuatan batik, perak dan lukisan. Bagi aku, tak ada apa-apa yang menarik sebenarnya. Bukannya buat apa-apa cuma sekadar tengok je lagipun kalau nak beli, harganya bukannya murah. Jadinya kalau rasa nak skip, skip je. Mungkin tempat tersebut dah menjadi rutin bagi Arif dan sebab itulah dia bawa kami ke sana.
Destinasi seterusnya ke Kintamani. Perjalanan ke Kintamani agak jauh juga, tak salah aku dalam 1-2 jam untuk sampai ke sana. Apa yang istimewanya di Kintamani ini, ia terletak 1,500 meter atas permukaan laut dan sudah pasti dengan kedudukan yang tinggi terasa suasananya dingin sekali. Di Kintamani ini juga kita boleh melihat keindahan Gunung Batur dan Tasik Batur. Terus terang tempat ini sangat cantik dan wajib dikunjungi apabila berada di Bali.
Sampai sahaja ke kawasan Kintamani, dikenakan bayaran masuk sebanyak Rp2,000 seorang. Kebetulan masa sampai adalah waktu makan tengahari. Arif bawa kami ke restoran halal dan yang best kita boleh melihat pemandangan sambil menjamu selera. Makan ala buffet dan bayaran untuk seorang adalah Rp121,000. Makanlah kau sepuas hati. Antara makanan yang dihidangkan, aku paling suka sate ayam. Selamba je aku ambil banyak. Mari aku tunjukkan kawasan Kintamani ini.
Nampak tak Gunung Batur dan Tasik Batur? Cantik kan?
Makan pun sudah, kami terus mengerjakan solat di situ sebelum meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan balik, singgah sebentar di Tegalalang di kawasan Ubud iaitu kawasan penanaman padi bertingkat. Siapa yang pernah ambil sabjek geografi mesti tahu kan? Kalau di sini tak banyak yang ada tanam padi bertingkat. Bayaran masuk untuk melihat kawasan padi adalah Rp5,000 seorang. Memang kalau nak masuk mana-mana, banyak yang kena bayar. Bukan apa, ini adalah salah satu mereka menjana pendapatan.
Padi bertingkek-tingkek.
Seterusnya singgah sebentar ke kawasan memproses kopi. Di situ tunjukkan dan penerangan tentang kopi, koko, vanilla dan pelbagai jenis pokok rempah. Sekurang-kurangnya aku belajarlah sikit bagaimana mereka memproses kopi tu.
Pokok vanilla.
Pokok kopi.
Pokok koko.
Sangai biji kopi.
Selesai sudah penerangan memproses kopi, kami diberi untuk merasa dan mencuba minuman kopi yang disediakan. Banyak jenis kopi tapi tak ada satu pun yang menarik perhatian aku. Kalau nak beli kopi, boleh sahaja beli di sini. Sediakan sahaja wangnya. Aku tak beli apa-apa pun. Sempat juga aku merasa coklat cili padi. Pedas betul.
Ada macam-macam kopi dan coklat.
Ok, seterusnya kami singgah ke Krishna. Krishna ini lebih kurang macam Mydin kalau di sini. Pelbagai barang dijual di sini terutamanya kalau nak beli cendermata seperti t-shirt, fridge magnet, key chain, beg dan banyak lagi. Orang memang ramailah sampaikan aku pening kepala dibuatnya. Aku dapat tahu yang Krishna buka 24 jam. Hebat kan?
Aku tengok ramai orang yang beli pai susu sampai berbakul-bakul. Ini yang buatkan aku ingin mencuba membeli. Harganya dalam Rp21,000. Adik aku siap tanya sedap sangat ke sampai ramai orang yang beli. Baru aku tahu, orang ke Bali memang beli pai susu ini. It is a signature dish di Bali. Dalam kereta, aku sempatlah rasa pai susu ini. Bagi aku, rasanya manis macam egg tart.
Inilah rupanya Pai Susu Bali. Manis rasanya.
Dah puas jalan, terasa lapar pula. Untuk makan malam, kami makan di Restoran Wong Solo yang masyhur dengan ayam penyet. Banyak dah cawangannya dan di Bangi pun dah ada satu. Makan pun sudah, barulah balik ke hotel. Seharian kami keluar jalan-jalan. Manalah tak penat. Rasanya katil di bilik dah memanggil nama aku je. Apa lagi, tidurlah jawabnya.
Sambung pula untuk hari ketiga.
p/s: menyesal tak beli banyak pai susu tu. sedap pula rasanya.
Nak tgk sawah padi bertingkek tingkek tu pun kena byr adoyai byk perlu spend duit ni nasib baik la duit mkn driver x perlu byr ek. Coklat cili pad? Mcm2? :-)
ReplyDeletekebanyakan tempat kena bayar. walaupun kena bayar, kemudahan seperti toilet sangat bersih dan terjaga. nasib baik makan driver tak payah bayar. kalau tak, mau bengkok badan nak bayar. coklat cili padi memang pedas. cubalah bila ada di sana.
Delete