Tuesday, February 22, 2011

Kalau dah demam

Lama dah tak update blog. Lepas final exam, aku terus demam. Ingat ambil cuti bolehlah nak rileks kejap tapi dah demam, tak boleh nak buat  apa-apa. Dok kat rumah je lah jawabnya. Sepanjang aku ambil MBA, aku rasa final exam kali ini memang susah. Masa jawab exam, rasa berat je kepala. Pasal result aku tak mengharap sangat tapi cukuplah lepas. 

Kalau demam, mulalah mengidam macam-macam. Kalau adik aku demam, selau minta air laici. Kalau aku demam? Aku nak makan nasi arab Saba'!! Demand betul. 

Nasi khabsa ayam, my favourite. 

Selalunya masa demamlah aku dapat nak manja-manja. Tidur je kerja aku. Nak buat kerja tak larat kan. Adik aku berbulu je tengok aku. Hehehe..bagi chancelah. 

p/s: demam windu bahaya wooo

Wednesday, February 16, 2011

Terapi kain part 2

Aku makin seronok pula dengan terapi kain. Baru-baru ini aku ajak adik aku ke Kamdar Putrajaya Precint 15 untuk tambah lagi koleksi kain. Bila sampai tempat, tengok kedai tutup pula. Frustlah beb. Rupa-rupanya Kamdar kat Putrajaya dah tutup dan segala stok kain dipindahkan ke Prima Saujana Kajang. Agaknya jualan kat Putrajaya tak berapa memuaskan dan sebab itulah dikumpulkan sekali kat Prima Saujana Kajang. 

Sayanglah kalau macam tu. Alang-alang nak ke Kajang, baik aku ke Jalan TAR sekali lagi. Hehehe..ada sesiapa nak join? Nanti beritahu aku ya! Buat masa ini kena stop kejap dulu sebab gaji bulan Februari tak masuk lagi. 

Ini betul-betul lepas geram nampaknya. Dahlah sebelum ini aku beli 6 pasang kain. Hei...aku ada sebab ok. Kalau korang nak tahu, tahun ini ramai sepupu aku nak kahwin. Jadi kenalah ikut tema majlis kahwin nanti. Alasan yang tak boleh diterima pakai (slap manja kat diri sendiri). 

p/s: kain warna merah tak jumpa lagi. 

Tuesday, February 15, 2011

Bintang bukannya satu



Aku dah lama nak cari lagu ni. Kali pertama dengar lagu ini masa aku study kat ITM dulu. Nak jiwang-jiwang, layan je lagu ini. Hehehe.. Tajuk lagu ini adalah Bintang Bukanya Satu yang dinyanyikan oleh Leonard Tan. Lama dah aku tak dengar dia nyanyi. Sebelum dia jadi penyanyi, dia memang biasa nyanyi untuk iklan kat TV. Kalau sesiapa masih ingat iklan ni, lagu ini adalah dinyanyikan oleh penyanyi yang sama.


Satu perkara yang aku suka pasal Leonard Tan adalah penyanyi bukan melayu yang boleh menyanyi lagu melayu dengan baik. Kagum pula aku. Dulu memang ramai artis bukan melayu nyanyi lagu melayu contohnya kumpulan Alleycats, Kenny Remy Martin dan ramai lagi.


p/s: mengimbas kembali kenangan lama

Monday, February 14, 2011

Baru habis final exam

Yeaaah!! Lega rasanya bila final exam dah lepas. The best part bila aku dapat duduk sebelah dengan Mr. X. Penting sebenarnya untuk dijadikan sumber  inspirasi untuk jawab exam. Dalam hati...indahnya dunia aku rasa. Hehehe... 

Masa jawab exam, mahu berasap kepala aku dibuatnya. Habis semua formula aku pakai sampai tak cukup masa nak jawab. Nasib baik lecturer bagi masa tambahan tapi macam aku boleh jawab semua. Jawab tu memanglah jawab tapi tak tahulah betul ke tak. Buat masa sekarang, aku tak fikir untuk score. Yang penting paper kali ini biar kasi lepas. Aku tak nak ambil lagi. Cukuplah sekali! Macam dalam lagu Cukuplah Sekali yang dinyanyikan oleh Jay Jay. Cewaaah. 

Kali ini cuti semester kejap je sebab tak sampai 1 bulan dah mula semester baru. Untuk pengetahuan semua, sabjek untuk semester baru ialah Ethics, Law and Corp. Social Responsibility dengan Supply Chain Management. Amacam gempak tak? Dengar cerita senior ramai yang tak lepas paper law. Takut juga dengar tu. 

p/s: boleh tarik nafas lega..exam dah lepas. 

Friday, February 11, 2011

Study lah..

Ingat cuti hari ini bolehlah nak study untuk paper esok. Haram!! 1 benda aku tak baca apa-apa lagi ok. Dahlah paper susah, Management Accounting for Managers. Boleh ke aku nak jawab esok ni? Ya Allah berikan aku petunjuk dan hidayat untuk aku jawab exam. 

Sempat lagi aku pergi rumah sebelah tadi sebab ada kenduri nikah. Hahaha..siap makan-makan lagi tu. Bila aku nak study ni? Kawan-kawan aku yang lain dah mula freak out sebab dia orang pun tak ready apa- apa lagi. Semua dok harapkan aku. 

Tengok je lah esok macamana. Harap ada yang sudi membantu. Sesungguhnya orang yang membantu orang kesusahan, banyak ganjarannya. (wink wink kat Mr. X)

Wish me all the best. Aku tak mengharap untuk score, cukuplah kasi lepas je. 

p/s: study wooooiii!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails