Semangat tak aku? Terus sambung 2 cerita di Melbourne dalam 1 hari. Hehehe... Pada hari ketiga di Melbourne, pagi-pagi lagi kami merancang untuk jalan-jalan sekitar hotel. Kalau dah sampai di Melbourne, tak sah kalau tak singgah di Queen Victoria Market. Perjalanan dari hotel ke Queen Victoria Market tak jauh pun sekitar 15-20 minit jalan kaki. Mari aku tunjukkan peta ke sana.
Ikut dalam peta ni, jalan kaki dalam 10 minit tapi realitinya lebih daripada itu.
Di hadapan hotel, Arrow on Swanston.
Dah sampai pun Queen Victoria Market.
Queen Victoria Market bukanlah setiap hari dibuka. Ada hari-hari tertentu yang dibuka. Kalau tak salah aku, ditutup pada hari Isnin dan Rabu. Katanya kalau nak beli harga murah, silalah pergi pada hari Sabtu dan Ahad.
Di Queen Victoria Market juga ada beberapa bahagian iaitu bahagian barang basah seperti ikan, daging, ayam, bahagian kering seperti sayur, buah dan bahagian cenderamata. Kalau nak beli cenderamata Melbourne yang murah, beli sahaja di sini.
Kaki kangaroo?
Kedai cenderamata.
Makanan laut yang segar. Geram je tengok.
Sayur-sayuran.
Penat jalan-jalan, singgah sebentar untuk minum kopi. Nak makan? Jangan risau ada kedai makanan halal yang menyediakan makanan Turki.
Kita minum kopi dulu.
Di hadapan kedai makan Turki.
Minum pun sudah. Shopping pun sudah. Apa lagi, balik ke hotel semula. Nak tahu apa yang aku beli?
Sebahagian hasil tangkapan untuk dibawa pulang.
Selepas ini, ke mana kita? Kita sambung dulu ya.
p/s: berlakunya peristiwa jejak kasih.