Namaste. Aap kya kare?
Amboi bukan main intro cakap urdhu. Tau ke maksudnya tu? Maksudnya lebih kurang, Apa khabar. Buat apa tu? Mentang-mentanglah baru nak mula cerita pasal trip India. Feel kena ada kalau nak mula cerita. Baru best. Betul tak?
Pergi India dah lama tapi baru sekarang nak update. Maaflah lambat nak update. Aku tahu ramai yang tunggu cerita trip India ni. Sayang punya pasal, aku akan kongsi pengalaman sepanjang berada di sana.
Untuk pengetahuan semua, trip kali ni berbeza sikit daripada trip yang aku pernah pergi sebelum ini. Nak tahu kenapa? Kali ini, aku ikut trip secara berkumpulan seramai 34 orang yang diketuai oleh Syarliz. Siapa tak kenal Syarliz ni. Dah banyak tempat dia pergi. Kalau nak dibandingkan dengan aku, memang jauh beza. Kalau rajin, boleh tengok blog dia di sini.
Sebelum mengambil keputusan nak ikut trip ke India, JM yang memberitahu aku yang Syarliz ada tawaran nak buat trip ke India. Jadi dia tanya sama ada aku berminat nak ikut atau tak. Kalau ikutkan hati, memanglah nak ikut. Apa taknya, India adalah impian aku sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, pucuk dicita ulam mendatang.
Pada hari bertolak ke India, kami berkumpul dahulu di KLIA sebab kami menaiki penerbangan Malindo ke Delhi. Perjalanan dari KLIA ke Delhi mengambil masa lebih kurang 5 jam. Sampai di airport Delhi, kami disambut dengan cuaca panas sekitar 39C. Mahu terbakar badan rasanya.
Selamat datang ke India.
Tandas di India, lelaki dan perempuan.
Keluar dari airport, kami disambut oleh ejen dan terus bawa ke restoran untuk makan. Dah masuk waktu makan, kenalah makan. Selesai makan dan solat jamak zohor asar, kami meneruskan perjalanan ke Masjid Jama yang merupakan masjid terbesar di India.
Kami tak lama di Masjid Jama sebab banyak tempat lain nak pergi. Keluar dari Masjid Jama, punyalah jalan sesak. Sesak dengan kenderaan dan keadaan jalan yang sempit lagi terhad. Memang kagumlah pemandu bas yang bawa kami. Cekap betul. Kalau aku yang bawa, mahu berpeluh ketiak dibuatnya.
Masa ni cerita Fan lakonan Shahrukh Khan baru keluar.
Destinasi seterusnya ke India Gate tapi sebelum sampai ke situ, sempat kami melalui ke kawasan bangunan Kerajaan dan Memorial Mahatma Gandhi. Tak sempat nak ambil gambar sebab tak turun dari bas. Cuma lalu di hadapan kawasan sahaja.
India Gate. Suasana petang. Ramainya orang di sini.
Nak buat inai di tangan, tiada masalah. Gelang pun ada. Pilih mana yang suka.
Makanan pun ada jual. Adik ni pandang lain macam je. Agaknya ini perbualan mereka:
"Abang bagi sikit. Laparlah."
"Kalau kau nak, duit ada tak? No money, no talk ok."
Pada sebelah malam, kami disajikan makanan roti nan dan nasi basmathi. Bila dah sampai di India, rasanya tak sempurna kalau tak makan kari. Kari di India memang beza rasanya berbanding di Malaysia. Perrggh sampai hari ini aku masih terasa karinya. Terangkat bontot dibuatnya. Dahlah perut lapar, memang kombinasi terbaik!
Makan sudah, perut pun dah kenyang. Apa lagi, tidurlah jawabnya. Pada malam pertama di India, kami menginap di Welcome Hotel.
Nak dijadikan cerita, bas tak boleh nak naik ke lobi sebab kena daki bukit. Terpaksalah kami semua turun dulu dan jalan kaki ke lobi. Kebetulan pula, ada acara perkahwinan di hotel. Ramailah orang di hotel tersebut. Bila dah sampai ke lobi, nak kena tunggu lagi sebab beg yang kami bawa hendak diperiksa terlebih dahulu satu per satu. Aduh dugaan betul. Lama juga nak dapatkan beg. Bila dapat sahaja beg, masuk bilik terus baring atas katil. Lega!
p/s: kita sambung lagi ya.