Kita buka cerita trip ke Perth dulu ya. Nanti bila ada masa lagi, boleh sambung balik cerita trip India. Boleh kan?
Cerita trip ke Perth dah setahun lebih baru sekarang nak cerita. Punyalah lama aku simpan sampaikan aku hampir-hampir lupa. Nampak sangat tanda penuaan. Mengaku je la, tak baik nak sorok-sorok.
Visa
Mula-mula sekali, pastikan dapat visa untuk memasuki Australia. Banyak pilihan untuk memohon visa. Bagi aku, boleh ikut cara aku dengan emel maklumat kepada eta.australia@yahoo.com seperti:
1. No. telefon
2. Maklumat penerbangan
3. Salinan pasport
(pasport yang masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh ke sana)
4. Alamat rumah
5. Alamat emel
Bayaran yang dikenakan sebanyak RM20/seorang untuk permohonan visa diluluskan. Bila semua dah ada, sekejap sahaja prosesnya. Dalam tempoh 24 jam dah siap.

Pengangkutan
Siap urusan visa, boleh fikirkan urusan pengangkutan di Perth. Kalau merancang untuk tinggal sekitar bandar Perth, boleh sahaja menaiki bas percuma yang disediakan. Pilih sahaja bas ikut laluan yang dikehendaki iaitu Yellow CAT, Green CAT, Red CAT dan Blue CAT. Jangan lupa ucapkan terima kasih bila turun dari bas sebagai tanda kita menghargai pemandu bas tersebut.
Mana yang nak sewa kereta, tak jadi masalah. Memang banyak pilihannya. Pilih sahaja mana yang suka. Pembayaran untuk sewa kereta hanya diterima melalui kad kredit.
Setelah melihat bayaran dan pilihan kereta yang diberi, aku telah membuat keputusan untuk memilih perkhidmatan kereta sewa dengan Bayswater. Urusan proses kereta sewa pun mudah. Dalam 10 minit siap semuanya dan kita boleh memandu kereta sewa terus.
Tempat tinggal
Sepanjang aku berada di Perth, aku memilih untuk tinggal di apartment yang menyediakan perkhidmatan memasak. Jimat dan senang untuk penyediaan makanan. Kalau ada mesin basuh serta mesin pengering baju, itu lagi bagus. Tak perlu bawa baju banyak-banyak dan ringan sikit bebanan beg.
Oleh sebab banyak tempat nak teroka, (Perth - Albany - Pemberton - Bunbury - Perth) pemilhan tempat tinggal adalah penting. Kebetulan tempat tinggal yang aku pilih, memenuhi kehendak aku.
Siap urusan visa, boleh fikirkan urusan pengangkutan di Perth. Kalau merancang untuk tinggal sekitar bandar Perth, boleh sahaja menaiki bas percuma yang disediakan. Pilih sahaja bas ikut laluan yang dikehendaki iaitu Yellow CAT, Green CAT, Red CAT dan Blue CAT. Jangan lupa ucapkan terima kasih bila turun dari bas sebagai tanda kita menghargai pemandu bas tersebut.
Mana yang nak sewa kereta, tak jadi masalah. Memang banyak pilihannya. Pilih sahaja mana yang suka. Pembayaran untuk sewa kereta hanya diterima melalui kad kredit.
Uruskan hal pembayaran kereta sewa. Sekejap je dah selesai.
Dapat kereta sewa Toyota Corolla Hatch.
Tempat tinggal
Sepanjang aku berada di Perth, aku memilih untuk tinggal di apartment yang menyediakan perkhidmatan memasak. Jimat dan senang untuk penyediaan makanan. Kalau ada mesin basuh serta mesin pengering baju, itu lagi bagus. Tak perlu bawa baju banyak-banyak dan ringan sikit bebanan beg.
Oleh sebab banyak tempat nak teroka, (Perth - Albany - Pemberton - Bunbury - Perth) pemilhan tempat tinggal adalah penting. Kebetulan tempat tinggal yang aku pilih, memenuhi kehendak aku.
Criterion Hotel, Perth.
Ace Motor Inn, Albany.
Karri Forest Motel, Pemberton.
Welcome Inn, Bunbury.
Apa lagi ya? Rasanya ini adalah perkara penting yang perlu diutamakan. Seterusnya bolehlah merancang tempat yang kita nak pergi. Ia bergantung juga berapa lama kita berada di Perth. Kalau lebih lama, banyaklah tempat yang kita lawati dan terokai. Kalau ada peluang sampai ke Albany, tinggal sana dalam 2 malam. Rasa ralat sebab masa aku ke sana, sekejap sangat. Dahlah nak ke sana jauh tapi sempat tinggal 1 malam sahaja.
Orang di Perth memang peramah dan banyak membantu. Bandarnya lebih santai dan rasa tenang sahaja. Lepas ni bolehlah rancang jalan-jalan ke sana. Nak ambil pakej tour sana pun ada kalau nak lagi senang. Kalau ada yang nak lebih mencabar, boleh teroka sendiri.
p/s: nanti aku kongsi tempat menarik di sana.