Friday, July 17, 2009

Testing laptop baru..

Nak testing pakai laptop baru. So far semua ok. Aku beli laptop last week tapi baru hari berkesempatan nak cuba. Harga? Adalah dalam RM3K. Ini ni pun sebab dapat peruntukan komputer. Nak tunggu aku beli sendiri, nampak gaya lama lah lama lagi.

Sebelum ni, aku dok pakai laptop adik aku je lah. Nak kena pulak kena amik turn kalau nak pakai laptop dia. Sekarang dah ada laptop baru boleh lah pakai senang sikit.

Aku ingat lagi, komputer pertama aku. Tak salah aku masa tu tahun 1997. Masa tu komputer dianggap barang mewah so tak ramailah yang ada komputer ni. Nak pasang internet apa lagi..memang jarang sangat orang yang pasang. Aku dulu masa pasang internet, banyakkan masa untuk chatting sampaikan bil telefon naik gila. Arwah mak aku pun selalu bising tapi biasalah aku, mana nak dengar sangat masa tu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hehehe...

Aku beli laptop ni untuk memudahkan aku buat cari maklumat lebih-lebih lagi sekarang tengah buat MBA. Sambil-sambil boleh layan FB, keep in touch kawan lama. Penting tu!!!

p/s: teringat promosi kat radio..Celik IT

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails