Friday, February 25, 2011

Cerita seram

Ini bukan cerita seram Hantu Kak Limah balik rumah tapi baru-baru ini ada peristiwa berlaku kat bilik aku. Lebih kurang dalam pukul 2-3 pagi tiba-tiba ada bunyi cakar pintu. Kali pertama dengar, takut juga. Tak berani aku nak buka mata nak tengok apa yang berlaku. Siap tutup muka dengan bantal lagi tu.

Bila malam kedua berlaku, aku beranilah sikit dan cuba cari apa punca bunyi tu. Cari punya cari masih tak jumpa juga. Dalam hati tertanya-tanya siapalah yang dok cakar pintu.

Malam seterusnya..barulah aku dapat tahu. Rupa-rupanya yang dok cakar pintu aku adalah TIKUS. Ish..buat takutkan aku sahaja. 

Habis rosak pintu aku kena cakar dek tikus. 

Masalahnya sekarang, tiap kali tikus dok cakar pintu, aku mesti terjaga. Memang mengganggu waktu tidur adaku. Bila dah terjaga, susahlah nak tidur balik. Kena paksa baru aku dapat tidur balik. Eiiii geramnya!! 

Tak boleh jadi ini. Kena pasang perangkap tikus. Dahlah kucing yang ada kat rumah semua tak boleh diharap. Bila jumpa tikus, bukannya nak kejar. Tengok je. 

p/s: ada sesiapa tahu nak halau tikus?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails