Mari aku kenalkan 1 tempat yang jual kebab turki. Aku memang dah lama target nak beli sebab setiap hari aku memang lalu gerai ni cuma tak tahu bila.
Nampak tak ada gerai kebab turki?
Kasi zoom sikit. Nampak?
Gerai ni terletak di Teras Jernang dan berdekatan dengan masjid. Ada kebab ayam dan daging tapi aku suka ayam lagi. Kebab ini dibuat dengan 2 saiz iaitu mini kebab (RM4) dan kebab biasa (RM5.90). Adik yang jual kebab beritahu aku, alang-alang beli baik ambil saiz biasa. Yang mini kebab tu kecil sangat.
Ini hasil tangkapan aku. Orang tamak punya pasal, beli sekali 3.
Sesiapa yang ingin mencuba, boleh je datang ke gerai ni. Sedap dan boleh dikatakan setiap minggu mesti aku beli. Mana tak bulat aku ni.
p/s: selamat mencuba!
Eh..ni port sy ni dulu...bangi lanai hotel kan atas tu? hihi blh cari kebab ni nti..
ReplyDeleteklu sudi nk join GA sy mehlaa..:)
susunatursioca.blogspot.com/2013/03/miniature-cute-watch-giveaway.html
a'ah sebelah bangi lanai. cubalah rasa kebab turki ni, sedap sebab ada banyak isi. ok nanti saya join GA awak tu. :)
ReplyDelete