Sunday, March 3, 2013

Panggilan haji

Bila aku tengok kawan-kawan dan sepupu aku mengerjakan haji pada umur yang masih muda dan bertenaga, aku pun ada hajat nak buat macam tu. Cumanya aku tak tahu bila pula giliran aku untuk menjadi tetamu Allah di sana nanti. 

Baru-baru ini aku pergi daftar haji di Bank Islam. Siapa kata susah, senang je nak daftar. Apa yang penting mesti ada:

1. Akaun tabung haji

2. Mengekalkan baki dalam akaun sekurang-kurangnya RM1,300

Bila kita dah daftar haji, kita boleh tahu bila giliran haji kita. Nak tahu aku bila? Tahun 2059!!!! Lagi 46 tahun dari sekarang dan umur aku masa tu pun dah 85 tahun. Tak tahulah aku ada lagi ke tak masa tu. Itu cuma jangkaan sahaja tapi manalah tahu InsyaAllah ada rezeki boleh pergi awal. Betul tak? Adik aku pun dah daftar haji dan kalau boleh kita orang nak pergi sama-sama. Doakanlah semoga dimudahkan urusan.

p/s: mesti seronok kan dapat ke tanah suci ya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails