Wednesday, March 13, 2013

Makeup Academy Haul


Pengaruh shopping online tak boleh nak elak lagi. Kali ini aku beli barangan alat solek di Makeup Academy iaitu barangan alat solek di United Kingdom. Boleh rujuk kat sini kalau ada yang berminat. Memang banyak pilihan dan harga boleh tahan juga. 

Bayangkan harga lipstik cuma £1 (RM4.80), murah tu tapi kos penghantaran mahal sikit dalam harga £7.50 (RM36). Alang-alang dah kos penghantaran macam tu, rugilah beli barang sikit. Betul tak? Nak tengok berapa harga aku beli semuanya? Dengan 7 barang semuanya, aku bayar £22.50 (RM106.60). Not bad lah. 


Aku dah cuba eye liner dan blusher dan setakat ini aku berpuas hati. Eye shadow palette katanya copy sebiji macam Urban Decay Naked 2 eye shadow dengan harga yang jauh lebih murah. Sayang aku tak dapat nak cuba sebab kawan aku dah berkenan dan aku dah jual pun kat dia. Kita tunggu apa komen dia nanti ok! Silap haribulan nanti aku rasa ada kemungkinan aku beli satu lagi untuk aku. Hahaha..

p/s: gara-gara selalu tengok youtube makeup. amik kau!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails