Nampak gaya tahun ini Piala Suzuki AFF bukan milik Harimau Malaya. Aku sangka bila dah masukkan 3 gol pada separuh masa pertama, ingatkan dapatlah peluang untuk menang. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Pada 10 minit terakhir pasukan Thailand dapat mengejar dan berjaya masukkan 2 gol.
Aku dah siap berangan kalau Harimau Malaya menang, mesti hari Isnin diumumkan cuti umum. Nak buat macamana, tak ada rezeki. Namun pujian patut diberikan kepada pasukan Harimau Malaya yang telah berjuang habis-habisan. Walaupun kalah di tempat sendiri, kita kalah dengan penuh kehormatan. Good job Harimau Malaya.
Aku tahu ramai yang dok usha pemain nombor 7 Thailand tapi aku dok usha yang ini. Cuba teka.
Jurulatih pasukan Thailand, Kiatisuk Senamuang.
Handsome tak? Hehehe..
p/s: bangun..bangun harimau bangun.
jurulethi ni pun hensem gak tapi tak boleh challenge si Charyl tu heeee
ReplyDeletesi Charyl memang hensem tapi hati dah berpaut dengan jurulatihnya.
Deletehehehe gatai betul