Kali ini aku nak mengadu berkenaan dengan 1 syarikat yang pernah buat tour trip semasa aku di Bangkok. Dah lama aku nak cerita tapi aku rasa belum sampai masanya lagi.
Ceritanya begini, tahun lepas adik aku pergi ke Bangkok dan ambil tour trip ke Damnoen Saduak floating market. Entah macamana, wakil syarikat tour ni tak datang pada hari yang ditetapkan. Puas adik aku call kenapa tak ada orang datang ambil. Bayaran tour dah bayar awal sebelum pergi ke Bangkok lagi.
Selepas adik aku balik dari Bangkok, aku terus follow up pasal nak dapatkan duit balik. Bukannya banyak cuma RM165 untuk 3 orang dan sampai sekarang (dah 1 tahun) masih tak dapat lagi duitnya. Emel dah banyak kali aku hantar tanyakan pasal duit tu. Alasan sama yang diberi iaitu lupa nombor akaun aku. Geram akak dibuatnya. Kalaulah dia duduk dekat, mahu aku ketuk-ketuk kepala dia. *piak piak!!*

Silaplah siapa buat hal dengan aku.

Aku bukannya apa, kalau syarikat tu memberi perkhidmatan yang baik pasti aku syorkan dan kongsi kepada semua. Yang dapat untung bukannya aku tapi mereka. Sedikit aku tak dapat apa-apa pun. Lagipun aku tak nak orang lain menjadi mangsa keadaan pada masa akan datang.
Berbalik kepada cerita duit tadi, syarikat tu beritahu akan masukkan duit pada 7 Disember. Sebelum ini pun, dah banyak kali dia janji nak masukkan duit tapi masih tak ada perubahan. Kali ini aku tak boleh sabar dan sabar aku ada hadnya. Sama-sama kita tunggu sama ada dia mengotakan janji atau tidak.
p/s: panduan untuk semua.
Apa nama syarikat tu Mazu..mmg teruklah servis camtu..RM165 tu byk tau..kalau JM pun bengang!!!
ReplyDeletenama syarikat tu nanti saya beritahu tapi dia selalu ada buat pakej di Streetdeal.my
Deleteapa nama syarikat tuh akak? takotnya dengar...kesian, tungu2 xde orgnya dtg yer...mahu naik hangin yer...
ReplyDeletemahu tak angin. duit dah bayar
Deletetakkan nak burn macam tu je
nama syarikat akan diberitahu nanti
tunggu!!