Tuesday, April 3, 2018

Namaste India - part 6

Hari terakhir di Kashmir. Rasa sekejap masa berlalu. Sebelum bertolak ke airport, kami diberi peluang menikmati shopping dalam shikara. Ala-ala floating market. Bunyi menarik kan? Jual-beli dilakukan di dalam shikara. 

Menikmati keindahan tasik sambil shopping. 

Pakcik ni memujuk aku untuk beli saffron. Tak ingat berapa harganya. 

Sempat beli gelang. 

Ada juga kedai atas tasik. Sediakan sahaja wang untuk membeli. 

Inilah houseboat aku, Pamposh. 

Selesai sudah mengelilingi tasik, balik semula ke houseboat. Bolehlah kemas baju dan beg sebab nak terus ke airport. Sebelum keluar dari houseboat, makan tengahari terlebih dahulu. Kiranya ini adalah hidangan terakhir di bumi Kashmir. 

Elok sahaja nak keluar dari houseboat, boleh pula Irfan dengan Bashir minta bayaran daripada kami. Terkejut besar. Kenapa tiba-tiba pula nak minta bayaran. Bukan semuanya dah diuruskan terlebih dahulu. Jumlah yang dituntut bukannya sikit. Ish marahlah kakak!! 

Masalahnya sepanjang kami di houseboat, kami tak diterangkan terlebih dahulu berkaitan bayaran tambahan. Kerja penjaga houseboat bukan sahaja melayan tetamu tapi kenalah terangkan bayaran tambahan sekiranya ada. 

Aku malas nak bertekak, pandai-pandailah kau uruskan sendiri. 

Dalam perjalanan ke airport, banyak betul checkpoint pemeriksaan beg dan badan. Bayangkan 1km lagi nak sampai airport, kena turun dari van. Check beg dan badan satu persatu. Ingatkan dah selesai pemeriksaan, rupanya ada lagi dalam airport. Ketat betul urusan keselamatan ni sampaikan bagpack tak diberi naik dalam kapalterbang. Beg yang boleh dibawa cuma handbag. Mana yang bawa laptop bolehlah bawa bersama-sama bagpack.

Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar. Memang banyak bersabar ya. 

Sampai di Delhi, perjalanan diteruskan ke Agra. Kali ini menaiki bas dan perjalanan yang diambil selama 5 jam. Penat tak terkata. 

p/s: penat terus hilang bila dapat tengok sendiri salah sebuah 7 keajaiban dunia. 

4 comments:

  1. Salam kenal...kat Kashmir ni banyak jual baju kulit tak ? Murah-murah ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga jual baju kulit. Sempat juga beli 1. Harganya boleh tahan. Nak kata murah sangat tu, takla.

      Delete
  2. Eh makcik, kena byr yg extra kat boathouse u ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayar juga tapi tak banyak. Bayaran extra untuk air mineral je. Masalahnya dia orang tak bagitau awal. Kalau tau, tak kuasa nak ambil air mineral.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails