Terasa teruja sangat sebab tak sabar nak melihat salah satu tempat keajaban dunia. Apa lagi kalau bukan Taj Mahal! Memang menjadi impian aku dari dulu lagi nak melihat sendiri Taj Mahal. Selama ini hanya mampu melihat di kaca TV tapi ia telah menjadi kenyataan. Aku masih tak percaya yang aku dah sampai.
Walaupun suhu mencecah 44celsius, tidak langsung mematahkan semangat aku. Punyalah bersemangat berkobar-kobar. Cewaah!
Untuk menjaga keaslian batu marmar Taj Mahal, kenderaan tidak dibenarkan masuk. Oleh sebab itu, kami perlu berjalan kaki lebih kurang 700m untuk sampai ke pintu gerbang.
Nampak tak muka tak sabar nak masuk dalam.
Taj Mahal di hadapan mata. Masa ni dalam proses pengubahsuaian.
Cantiknya Taj Mahal. Tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Masa aku sampai memang ramai orang. Aku nasihatkan kalau nak ke Taj Mahal, silalah datang awal untuk mengelak daripada kesesakan.
Mari aku kongsikan gambar di Taj Mahal. Jangan pula ada yang muntah ya.
Disaluti dengan batu marmar.
Seni batu marmar yang halus.
Seterusnya singgah sebentar di kedai hiasan batu marmar. Katanya pengukir batu marmar ini daripada generasi nenek moyang yang membina Taj Mahal.
Aku tak beli apa-apa pun. Sekadar tengok sahaja lagipun ini tak masuk dalam bajet aku. Hehehe..
Lepas tu singgah pula pusat pembuatan saree yang terkenal di India. Masa ini angin saka aku dah datang. Aku siap borong kain saree. Kalau sebelum ini, orang tengok aku tak beli apa-apa. Yang ini aku tak boleh tahan.
Sebelum pulang ke Delhi, singgah ke Fort Agra iaitu tempat Shah Jahan dikurung oleh anaknya selepas kejatuhan Empayar Mughal.
Dari jauh kelihatan Taj Mahal. Tanda sayang Shah Jahan kepada isterinya.
Seterusnya ke Delhi dengan perjalanan 4 jam. Memanglah penat tapi aku puas hati. Taj Mahal dapat aku jejak akhirnya.
p/s: dah nak sampai penghujung cerita. tunggu ya.
sini cantik :)
ReplyDeleteBetul tu cuma tak tahan cuaca. Panas sangat.
Delete