Tak sabar rasanya nak habiskan cerita trip India. Dah lama punya cerita tapi baru sekarang nak kongsi dalam blog. Bersabarlah ya.
Memandangkan flight balik masih lambat lagi, kita jalan-jalan sekitar Delhi dulu. Kalau nak jalan di Delhi, dinasihatkan untuk keluar awal untuk mengelak daripada jalan sesak.
Lokasi pertama kami adalah Sharojini Nagar Market iaitu sebuah tempat membeli-belah yang terkenal di Delhi. Oleh sebab tempatnya sangat luas, kami diberi masa 3 jam. Nak ikutkan memang tak cukup masa tapi apa yang mampu aku boleh buat. Sambil tu bolehlah nak habiskan baki duit Rupee di sini.
Lokasi seterusnya, untuk mencari barang-barang Hard Rock. Aku bukanlah berminat sangat tapi setakat nak kumpul fridge magnet tu bolehlah.
Shopping pun sudah, singgah sekajap untuk makan tengahari dan solat sebelum bertolak ke airport. Airport di India cuma membenarkan penumpang kapalterbang yang masuk. Tak seperti di sini, sesiapa sahaja boleh masuk. Sebelum masuk, kena periksa nama terlebih dahulu. Kenalah tunggu lagi.
Masa nak timbang beg, aku memang takut sangat. Manalah tahu tak lepas sebab terlebih muatan. Alhamdulillah, nasib baik lepas. Bab timbang beg, jangan dibuat main-main. Pengalaman lalu telah mengajar aku sampaikan aku terpaksa bayar denda yang banyak sebab terlebih muatan.
Perjalanan balik ke tanah air mengambil masa 5 jam lebih dan sepanjang dalam kapalterbang berjalan dengan lancar.
Habislah sudah pengalaman ke India. Minta maaf sebab ia mengambil masa yang lama. Dahlah nak kena ingat balik ditambah pula dengan kesibukan kerja.
Harapnya semua berpuas hati. Apa yang aku dapat simpulkan?
Penat tapi aku puas hati. Nak datang lagi ke India? Boleh dipertimbangkan dan kalau boleh nak jejak ke tempat lain pula. Yang paling aku rindu, sudah pasti makanannya terutamanya nasi beriani. Sedap sangat!
p/s: bila agaknya nak sambung trip yang lain pula.
😗😗😗😗 at last abis juga ek. Syabas bstti syabas. Hahaaaa... makcik, aku rindu kau
ReplyDeleteAkhirnya habis juga. Ini 2 tahun lepas punya cerita.
DeleteSaya belum jejak India lagi ni... hmmm nak pergi tak ye...
ReplyDeletepergilah ke India walaupun sekali dalam seumur hidup
DeleteMesti borong saree yg murah di sana
ReplyDeleteborong macam-macam. hehehe...
DeleteKain sari tu boleh buat baju kurung ke ek?
ReplyDeleteBoleh je SS. No probelm la
Deletemcm ni rupanya di india ek..
ReplyDeleteMacam kita tengok filem hindustan kat tv.
Delete