Friday, December 26, 2008

Tahun 2008

Tahun 2008 tinggal beberapa hari lagi. Rasa macam tak percaya je nak masuk tahun 2009. Kalau sampai hujung tahun macam ni, ayat-ayat seperti "nak abis dah tahun ni", dah jadi biasa. Itu tandanya betapa cepatnya masa berlalu. Itu tandanya juga umur kita ni makin bertambah.

Sepanjang tahun 2008, tak banyak apa yang hendak dibanggakan. Sama seperti tahun-tahun sebelum ni. Yang aku perasan untuk tahun 2008, keadaan fizikal aku tak berapa memberansangkan. Start dengan demam campak masa bulan puasa, batuk yang lama dan baru-baru ni aku kena kayap. Memang mencabar tahap ketabahan aku. Kalau aku tak tahan sakit, aku tak tau apa nak jadi dengan diri aku sekarang ni. Aku nak mengambil kesempatan kepada sesiapa yang telah memberi semangat untuk aku teruskan kehidupan. Terima kasih banyak-banyak!!!

Aku tak lupa juga nak menyambung kembali persahabatan kepada kawan-kawan aku yang dah lama tak hubungi. Bukannya aku tak nak, cuma keadaan tak mengizinkan. Well, aku ada seorang kawan yang tak berapa baik sejak dari dulu lagi tapi aku cuba (I try so hard to accept her back) untuk berbaik-baik semula. Langkah pertama aku buat, aku terjumpa nama dia dalam Facebook. So, aku add dia dalam senarai kawan-kawan aku. Selepas ni, sekurang-kurangnya aku tau la update cerita daripada dia. Please don't push me too hard. At least I tried and don't expect a miracle from me.

Tahun 2008 juga aku mendapat berita baik selepas hampir 2 tahun aku kerja, akhirnya aku dapat diserapkan as permanent staff! Bukannya aku tak mengharap cuma aku nak kehidupan yang lebih stabil. Aku dah banyak kali tukar kerja dan aku berharap sangat aku dapat bertahan dalam 1 syarikat dengan lebih lama. Aku malas nak tukar kerja lagi.

Untuk tahun 2009, aku harap semoga kehidupan aku akan lebih bermakna. Aku nak melancong, keep fit dan cari my Mr. Right. Hahaha!! Macam tak percaya je aku tulis dalam blog ni. Rasa-rasanya siapa la yang akan jadi Mr. Right aku tu? Wish me all the best!

p/s: tak sabar nak sambut tahun 2009!

Saturday, December 20, 2008

Tentang 7 Perkara

Baru-baru ni aku kena tagged oleh Cik Ixa Ixora. Alamak..nampak gayanya aku kena la jawab tentang 7 perkara. Jawapan yang diberi ini tiada kena mengena mana-mana individu sama ada hidup atau mati. Malu laa nak jawab tapi untuk tidak menghampakan harapan Cik Ixa Ixora, aku cuba jawab lah. (sambil tutup muka ni..cover malu)

7 ciri wanita/lelaki idaman anda

1. Beriman
2. Penyayang
3. Peramah (aku ni pemalu sebenarnya..auw!!)
4. Berkeyakinan diri
5. Sukakan kanak-kanak (yang ni betul-betul buat aku cair)
6. Kelakar (aku mati kutu kalau jumpa laki yang serius)
7. Botak (bald men are sexy!)

7 lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup

1. Zulhisham
(ketua darjah aku masa darjah 3 Jambu)
2. Rohaizi Jamaluddin
(aku syok dengan dia masa form 1)
3. Mohd. Noorhisham Ibrahim
(kawan aku yang kenalkan kat aku masa form 5)
4. Paqchu
(kawan masa chatting dulu tapi sekarang aku malas nak amik tau pasal dia)
5. Maidatu Zamani Musa
(kawan masa chatting jugak tapi sekarang sudah jadi kawan mesra je bak kata Zam la)
6. Johnny Depp
(kalau artis masuk tak?)
7. Sedang mencari..

7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati

1. Tentulah suka!! Sampai tak tidur malam dibuatnya
2. Gementar
3. Berdebar-debar (macam nak gugur jantung dibuatnya)
4. Risau
5. Angau (rasa macam pijak atas awan)
6. Berpeluh-peluh
7. Panik

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda

1. Tempat yang sejuk macam Cameron Highlands, Kundasang. Boleh main peluk-peluk..hahaha!!
2. Tepi pantai sambil nyanyi lagu Anita Sarawak dengan Sudirman.."bercanda di tepian pantai.."
3. Rumah sambil sama-sama masak kat dapur dan menikmati hidangan yang dimasak
4. Paris sambil menikmati keindahan Eiffel Tower
5. Taj Mahal, India
6. Bali, Indonesia
7. Switzerland..makan coklat banyak-banyak dengan dia

7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda

1. Masakan aku
2. Perfume
3. Pen
4. Lingerie
5. Manjakan diri dengan spa dan urutan
6. Belanjakan dia makan
7. Me!

7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda

1. More than words (lagu kegemaran aku)
2. Mungkin - Anuar Zain
3. Januari - Glenn
4. Seribu Tahun lagi - Imran Ajmain
5. Ku Mau - Once
6. Kekasih Gelapku - Ungu
7. Percayalah - Siti Nurhaliza

Tag 7 rakan yang anda mahu mereka buat PERIHAL 7 ini
Aku tak tau nak tag kat sapa tapi kepada sesiapa yang sudi membaca blog aku ni. Cubalah jawab soalan ni. Aku amik masa beberapa hari nak jawab semua. Nampak je senang soalan ni tapi sebenarnya tak. Lagi susah daripada nak amik exam. Hehehe..

p/s: pening kepala nak jawab soalan

Thursday, December 18, 2008

Memori


Gambar ni diambil masa aku darjah 1 Limau di SRK Kelana Jaya tahun 1981. Aku yang duduk sebelah kiri sekali. Nampak? Aku masih ingat lagi nama cikgu aku Pn. Zaharah dan beberapa nama kawan aku seperti Yassin, Rizal, Yong Foo Tye dan James. Pelik?? Aku cuma ingat kawan laki saja. Yang perempuan aku tak ingat langsung.

Aku ingat lagi macamana Yassin selalu kena buli yang selalu ikut perintah Rizal. Rizal selalu suruh Yassin buka seluar depan kelas. Apa lagi kena gelak lah oleh kawan-kawan yang lain. Kasihan Yassin. Yassin yang tak tau apa-apa..ikut saja cakap Rizal. Yong Foo Tye dan James pernah 1 tadika dengan aku dulu. Kalau aku jumpa dia orang balik, apa khabar dia orang ye. Ada yang dah jadi masyhur? 

Aku ada 1 kenangan yang tak akan lupa sepanjang aku sekolah kat sana. Masa ni aku dalam darjah 3 Jambu. Aku sangat suka dengan ketua darjah aku. Nama dia pun aku pun aku ingat lagi. Nama dia Zulhisham. Dia dok dekat je dengan rumah aku dulu. Itu pun aku tau sebab dia selalu pergi mengaji di masjid kat kawasan rumah aku. Aku siap tunggu dia semata-mata nak jumpa dia. Hahaha lawaknya masa tu. Yang pelik tu, walaupun rumah kami dekat, aku still tak tau dia dok mana. Usaha nak cari rumah memang selalu tak jumpa sebab dia ni selalu hilang masa aku cuba nak kejar dia.

Entah macamana, ditakdirkan tuhan, cewaaah macam buat drama lak. Masa aku dok pusing-pusing dengan basikal wonder woman kesayangan aku tu, tiba-tiba aku nampak dia depan rumah dia. Apa lagi, hati ini sangat suka lah. Sejak hari tu, selalu lah kami main sama-sama.
Tahun yang sama juga, aku kena pindah. Sedih sangat nak berpisah dengan kawan-kawan terutamanya dengan Zul. Dalam diam-diam aku cuba nak hantar surat kat Zul nak bagitau dia aku nak pindah tak lama lagi tapi tak dapat nak bagi sebab terkantoi dengan kakak yang jaga aku. Kantoi seh! Kakak siap nak report kat mak aku sebab aku nak kasi surat kat Zul. So, terpaksalah aku koyakkan surat tu dan tak dapat aku nak serahkan kat Zul. Anyway, sebelum aku pindah, aku sempat bagitau Zul yang aku kena pindah dan harap kita akan jumpa lagi. Hmmm..agaknya kalau aku bagi surat tu, sure malu. Oppss..aku tak tulis love-love ni. Budak-budak lagi mana la tau apa-apa. Nak dibandingkan budak-budak sekarang? 

They are more advanced daripada aku! Eiii please!

It's good to have memory like this. At least bila ada anak, aku boleh cerita kat dia orang.

p/s: kenangan itu indah..

Wednesday, December 17, 2008

Dibius Virus!!

Mula-mula sekali aku nak minta maaf sebab dah lama aku tak update blog. Aku kena serangan jangkitan virus kat mata! Masa taip blog ni, aku cuma boleh buka sebelah mata je. Nak taip pun kena tengok betul-betul. Takut nanti salah eja. Hehehe dah nampak cuma sebelah mata.
Macam pernah je aku dengar lirik lagu.."Jangan pandang aku sebelah mata saja." Lagu apa eh?
Untuk sentiasa mengemaskini aktiviti aku kat sini sejak aku kena MC untuk 1 minggu, jom aku cerita kronologi penyakit mata aku ni. Ewaah!!

12 Disember 2008
Aku dah perasan mata aku sebelah kiri merah tapi ilek dulu. Mungkin tak ada apa-apa. Mungkin sebab mata masuk habuk.

13 Disember 2008
Aku tengok mata aku makin merah. Tak boleh jadi ni. Kena ke klinik dengan segera. Tengahari ni aku ada jemputan kenduri sepupu aku nak tunang. Pukul 9am, aku terus ke klinik Al-Zahrah(klinik panel aku).

Ramai gak yang datang nak jumpa doktor ni, takut je lambat nak jumpa doktor. Dah la hari ni hari Sabtu, sure ramai la nak jumpa. Pukul 9.40am, baru dapat jumpa doktor. Masa jumpa doktor, doktor cuma tanya je.

Doktor: Sakit apa ye
Aku: Sakit mata
Doktor: Ooh patut la saya nampak mata awak merah. Dah lama sakit?
Aku: Baru je semalam tapi saya rasa dekat area mata saya macam bengkak-bengkak je
Doktor: Ok. Nanti saya bagi ubat. Sila ambil kat farmasi. Hari ni awak keja?
Aku: Tak la
Doktor: Kalau gitu, tak perlu la saya bagi MC
Aku: Terima kasih ye doktor (keluar bilik doktor dengan rasa tak puas hati)

Tu je rawatan aku yang dapat. Tak ada nak pegang..tak ada nak pandang kat mata aku ni betul-betul. Dahla doktor perempuan. Kalau doktor laki, mungkin aku boleh bagi excuse la. Pendek kata aku memang tak puas hati. Disebabkan klinik ni salah satu panel opis aku, aku pergilah. Kalau tak, jangan haraplah.

14 Disember 2008
Mata aku bengkak bila aku bangun pagi. Alamak ni dah teruk. Bukannya makin elok mata aku ni. Bengkak kat mata pun dah makin naik especially keliling mata dan dahi.

Lepas maghrib, aku suruh adik aku ke klinik lain for second opinion. So kita orang ke klinik Shifa. Masa kat klnik Shifa, doktornya agak muda tapi cuba berusaha nak tolong aku. Ok sikit daripada doktor yang sebelum ni. Walaupun dia tak berani nak sentuh mata aku ni, dia ada inisiatif tengok keadaan mata aku ni dan beri sikit pandangan pasal mata aku ni. Apa-apa pun, kalau mata aku ni masih bengkak lagi, dia cadangkan pergi terus ke hospital jumpa pakar mata. Sebelum tu, sempat la dia bagi aku MC 1 hari.

15 Disember 2008
Mata aku makin sakit. Ayah cadangkan pergi klinik jumpa doktor dan minta surat nak jumpa pakar kat hospital. So, aku suruh adik aku ke klinik Shifa untuk dapatkan surat tu. Kali ni yang aku jumpa adalah doktor lain.

Doktor bagitau aku yang aku ni bukan saje kena sakit mata tapi kena kayap sekali! Yang bahagian bengkak-bengkak kat mata aku ni penangan kayap la. Siap bagitau kesan daripada virus chicken pox yang aktif semula. Aku bagitau la..masa sekolah pernah kena tapi tak sangka boleh kena balik. Baru aku teringat, baru-baru ni aku pernah kemas rumah. Agaknya kena masa tu la. Terjawab la penyakit misteri aku ni.

Lepas dapat surat tu, terus ke Hospital Putrajaya. Punyalah ramai orang kat hospital ni. Masa aku sampai dalam pukul 9 lebih. Siap aku boleh makan dulu sambil nak tunggu giliran. Pukul 2 lebih segala urusan kat hospital selesai. Doktor siap bagi MC 1 minggu tu. Lamanya aku cuti. Next week kena jumpa balik nak tengok perkembangan mata aku ni.

16 Disember 2008
Mata dah kurang sikit sakitnya. Dok umah je la jawabnya. Layan TV sambil-sambil lipat baju.

17 Disember 2008
Mata aku yang sakit mata tu dah boleh buka sikit. Nampak la sikit mata hitam aku ni. Kayap pun dah makin kering..sakit kepala pun dah kurang.

Sempatlah tadi aku amik beberapa gambar mata aku yang bengkak ni.


Caaak!! Nampak tak mata hitam aku tu? Yang kaler gelap sikit tu, kayap lah.

p/s: dari mata jatuh ke hati....

Thursday, December 11, 2008

Dare or Truth?

Ada beberapa perkara aku nak wat truth statement:
  1. Aku tak pernah wish birthday kat kawan aku sorang ni. Baru-baru ni aku wish birthday kat Facebook dia dengan harapan aku dapat berbaik-baik dengan dia. Bukan la rapat sangat. At least aku ingat la birthday dia.
  2. Aku cuba beranikan diri dengan arnab. Yeaah I know..I'm afraid with rabbit.
  3. Aku takut jumpa dengan dentist tapi aku terpaksa jumpa sebab nak habiskan medical claim aku.
  4. Banyak-banyak kerja rumah, aku paling tak suka gosok baju. Kalau boleh, pakai je baju yang tak perlu gosok. Eeiiii lecehnya..
  5. It's really hard to find my shoes size. Kalau jumpa pun, limited choice. (Kaki aku sangat besar!)
  6. I love bedsheets so much. Tak salah aku, aku dah kumpul more than 20 bedsheets.
  7. I am very particular kalau bab lipat-lipat baju. Kalau boleh masa susun baju, kena sama je.

Cukupla stakat ni. Kalau ada lagi, aku tambah la. Aku bukan nak membuka kelemahan aku kepada semua. Cuma aku nak berkongsi siapa aku ni.

p/s: Sharing is caring...

Tuesday, December 9, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Rasanya belum terlewat lagi aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada seluruh umat Islam. Bagi aku raya haji kali ni disambut biasa je. The best part ialah semua adik beradik aku dapat kumpul sama-sama walaupun sekejap. Jarang sangat dapat kumpul macam ni.

Plan asalnya nak masak daging dendeng (resepi ayah Izza) tapi tak jadi sebab hari tu kena cabut gigi. So menu kali ni, roti jala, kari ayam dan kek coklat keju. Tak lupa juga adik ipar aku masakkan rendang ayam. Insyaallah bila ada masa, aku nak cuba wat daging dendeng tu. Lepas tu, aku nak minta Pak Saaman rasa daging dendeng aku tu. Ada boleh pass ka tak boleh pass? Kenalah bagi rasa, resepi tu Pak Saaman yang punya. Hehehe..

Seharian dok hujan je semalam..so aku tak dapat nak ke mana-mana. Bila dah hujan dan sejuk macam ni, aktiviti yang paling best nak wat, apa lagi kalau bukan tidur!! Yeaaahh!

Hari ni aku cuti sampai hari Khamis. Sengaja aku nak amik cuti lama. Cuti tahunan aku ada banyak lagi. Itu pun aku dah bawa 9 hari untuk tahun depan. Punyalah banyak hari lagi cuti tahunan aku ni. Hari ni kat surau umah aku ada acara korban. Tak salah aku, nak korbankan 23 ekor lembu. Boleh katakan tiap tahun, bilangan korban akan meningkat. Bagus lah tu.

p/s: Harapnya janganlah tambah korban di jalanraya

Sunday, December 7, 2008

Dental Checkup

Semalam aku ada dental appointment. Aku tak ingat bila kali terakhir aku check gigi. Yang pasti dah lama sangat. Antara sebab aku tak buat checkup gigi:

1. sibuk dengan kerja
2. dentist yang pernah aku pergi dah pindah
3. takut

Banyak-banyak sebab yang ada ni..takut adalah punca utama. Aku memang takut nak jumpa dentist..doktor..apa-apa yang seangkatan dengannya. Masa nak jumpa dentist semalam, aku siap buang air dulu..kes takut tahap maksima.

Aku nak jumpa dentist ni pun sebab nak habiskan medical claim aku yang ada lagi RM1K++. Sayang seh kalau tak pakai sebaik-baiknya. Takut punya pasal, aku paksa diri aku untuk berani. Biarlah apa dentist tu nak cakap. Biarlah apa dentist nak buat. Aku terima semuanya.

So masa jumpa dentist tu, dia nasihatkan untuk cabut 3 batang gigi. 3 batang gigi!!!! Nampak sangat gigi aku dalam keadaan kritikal. Semalam sempat la dia cabut 1 batang gigi dan tampal gigi. Next visit, aku kena cabut gigi lagi dan barula check macam biasa. Nasib baik dentist tu buat keja elok. Masa cabut gigi, aku tak rasa apa-apa. Sedar je gigi aku dah selamat cabut. Sempat la dia tunjukkan gigi aku tu. Hahaha siap tunjuk lagi ada sisa makanan terselit kat gigi tu. Auuw malu aku.

Sebenarnya kita patut jumpa dentist ni. Cumanya rakyat Malaysia tak sedar betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan gigi. Gigi sama pentingnya macam kita jaga kesihatan diri. Typical Malaysian..bila sakit gigi, baru jumpa dentist (aku antaranya la hehehe).

p/s: teringat kat lagu lama "aduh mak..sakit gigi"

Friday, December 5, 2008

Air oren tang

Baru-baru ni aku nak sangat minum air oren Tang. Puas merata-rata tempat aku cari. Semua kedai kat sini dah banned Tang ke? Kalau masa dok asrama dulu, sapa yang minum air oren Tang dianggap barang mewah. So, kalau nak hidang kat orang, kasi cukup-cukup je. Hehehe nampak sangat aku ni kedekut kan?

At last aku jumpa Tang ni kat Warta. Dahla 1kg pack!! Besar gila! Beli laa apa lagi. Murah atau mahal, itu perkara kedua. Yang penting hajat aku dah tertunai. Sampai je rumah, buat air Tang dulu. Yes!!! Aku sangat suka!! Bila dah minum a few glasses (bukan teguk ok), aku rasa air Tang ni ada kureng la. Dah tak sedap macam dulu. Kenapa ye? So far deria rasa aku ok lagi ni.

p/s: Tang punya pasal..sanggup buat apa saja..cuba hal-hal kerja. Sanggup?

Thursday, December 4, 2008

I love my Myvi

Harta yg aku ada selama ni cuma la kereta Myvi yg aku beli pada tahun 2005. Nak tunggu dapat, punyala lama..ada dalam 3 bulan rasanya. Itu pun kira abis baik la..kalau tak ada yang tunggu 6-9 bulan untuk dapat Myvi. Myvi ni banyak berjasa dengan aku selama ni..dia la yang temankan aku ke tempat kerja..dia la yang temankan aku jumpa ehem ehem dan banyak lagi. Kalau ikutkan hati, nak tukar ke Nissan Latio tapi masa belum izinkan. Selagi aku boleh pakai Myvi aku ni, aku guna la sebaik mungkin.

Jangan tak tau..Myvi adalah antara kereta paling laris di Malaysia mengikut kajian yang dilakukan oleh Frost & Sullivan. Dahla saiz besar, jimat minyak pulak tu. Kalau travel rumah ke opis dalam 1 minggu cuma pakai minyak dalam RM50-60 (mengikut harga pasaran sekarang).

So aku patut bangga menjadi salah sorang pemilik Myvi ni. Bak kata orang, tak rugi la. Cewaaah!

p/s: Bila nak dapat Nissan Latio ni??




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails