Saturday, September 28, 2013

Ujian personaliti

Ujian personaliti ini menarik juga untuk dicuba. Apa kata korang cuba ujian ni. Klik sini ok! Aku dah cuba dan ini hasil ujiannya. Apa yang dapat aku komen, boleh katakan ada yang betul pasal diri aku. Selamat mencuba. 

Anda Gigih (Striver)

Anda baik hati dan mesra. Anda sentiasa bersedia untuk rakan-rakan anda, sewaktu susah atau senang. Anda mempunyai semangat yang amat positif dan pemurah apabila tiba masa untuk berkongsi dengan mereka yang berada di sekeliling anda.

Anda menetapkan standard yang tinggi untuk diri anda dan orang lain dan sentiasa menumpukan perhatian untuk mencapai matlamat anda. Dan apabila anda teruja tentang sesuatu, anda mempunyai keyakinan dan semangat untuk memberi inspirasi kepada semua orang di sekeliling anda untuk turut terlibat.

Anda nampaknya memiliki sikap yang amat positif terhadap kehidupan! Banyak yang diperlukan untuk membuatkan anda hilang perimbangan dan anda tidak membiarkan diri anda terlalu tertekan.

Kehidupan adalah tentang membuat pilihan. Jangan lupa untuk terus teruja dengan segala kemungkinan dan potensi di luar sana dan bukannya mendesak untuk mengetahui "jawapan" sepanjang masa. Ia merupakan jalan yang panjang, penuh kelainan dan berliku-liku, oleh itu daripada menjauhi perjalanan tersebut, tempuhinya dan nikmati segala rintangan yang anda hadapi. Cabar diri anda untuk mencuba pengalaman baru dan menikmati kehidupan sepenuhnya. Tetapi anda juga perlu ingat yang anda tidak boleh berasa yakin dan ceria sepanjang masa. Kadang kala ia sama sekali tidak mengapa untuk mengalihkan tumpuan dan melihat ke dalam diri anda. Malah, kami amat menggalakkannya!

Anda memahami akan pentingnya persahabatan baik. Ia merupakan salah satu daripada perkara berharga yang anda ada dalam hidup anda. Pastikan anda merebut setiap peluang yang anda ada untuk meluangkan masa dengan teman-teman baik anda, kerana mereka merupakan sumber inspirasi dan keselesaan untuk anda.

Melupakan segala-galanya dan membiarkan diri anda bebas dalam dunia lain apabila anda mempunyai sedikit waktu rehat memang tiada tandingannya. Memberi peluang kepada badan dan fikiran anda untuk berehat dan pulih adalah sangat penting, dan ia lebih baik jika diiringi dengan lagu-lagu hebat daripada filem.

Anda mengambil berat tentang orang-orang di sekeliling anda, dan jika mereka gembira maka anda pun gembira. Anda tahu bahawa kehidupan ada pasang surutnya, dan ingin mengekalkan keseimbangan yang sihat bagi kedua-duanya. Kesudahannya, anda mempunyai pendekatan yang amat baik bagi kehidupan. Anda tahu yang kebahagiaan sebenar datang daripada orang dan bukannya daripada barangan. Ia adalah perkara-perkara yang anda tidak boleh meletakkan harga padanya.

p/s: penerangannya agak panjang. skip je kalau tak larat baca. 

Sunday, September 22, 2013

Jom ke Bali

Tak sangka ada yang jawab betul kepada soalan dalam entry aku sebelum ini. Untuk pengetahuan semua, next trip aku ialah ke Bali! 

Sekarang dalam proses untuk kumpul maklumat tempat menarik dan hotel di Bali. Ya aku tahu masih lama lagi nak ke sana tapi tak salah kan kalau kita bersiap sedia terlebih dahulu. 

Kepada yang pernah ke Bali, mungkin boleh kongsi maklumat dengan aku. Boleh kan? 

p/s: ada lagi 8 bulan ke Bali

Wednesday, September 18, 2013

Plan tahun depan

Tahun 2013 tak habis lagi, dah ada plan untuk tahun 2014. Siapa boleh teka, tahun depan aku nak ke mana. 




p/s: dah lama aku plan sebenarnya.

Monday, September 16, 2013

Pertemuan tak diduga

Teka siapa aku jumpa baru-baru ini? OMG..orang yang dah lama aku tak sebut nama dia. Kali terakhir aku sebut nama dia masa hari konvokesyen UUM tahun lepas. Kalau ada sesiapa yang ikut blog aku, mesti ada yang dah tahu siapa orangnya. 

Ya, betul Mr. X. Nak gugur jantung aku dibuatnya bila dia tegur aku di Petronas. Masa aku tu aku nak bayar duit minyak dan dia pula sedang beratur beli barang. Waaah..terlepas rindu aku. 

Sepanjang aku memandu balik ke rumah, aku senyum je. Senyum sampai ke telinga. Hehehe...

Rasanya bila agaknya dapat jumpa lagi Mr. X? Lagipun aku dengan dia sama-sama tinggal di Bangi. Dulu dia ada sebut kawasan rumah dia tapi aku taklah sampai nak jadi stalker. Gila kau! 

Kawan-kawan MBA aku yang lain dah senyap je sejak konvo. Sibuk agaknya. Entah berapa kali nak buat reunion, asyik tak jadi sahaja. Aku malaslah nak urus reunion kalau tak ada siapa nak kerjasama. 

Apa yang pasti aku akan sentiasa rindukan pengalaman belajar sama-sama dulu. Susah macamana, insyaAllah pasti ada jalan penyelesaiannya. 

p/s: Mr. X masih macam dulu juga. 

Saturday, September 14, 2013

Ahli baru


Mari aku kenalkan ahli baru rumah aku. Aku panggil dia Dobot sebab dia sangat bulat dan kuat makan. Baru umur 2 bulan dan manja. Sepatutnya ada 2 ekor anak kucing tapi seekor lagi dah mati. Eloklah tu, ada banyak kucing pun takut tak terjaga nanti. 

p/s: ayah yang sayang kucing ni. 

Friday, September 13, 2013

Renew road tax dan insurans kereta

Bila tiba bulan September, aku mesti pening kepala bila teringat nak renew road tax dan insurans kereta. Bila masa aku nak uruskan semua ni? Nasib baik sekarang boleh diuruskan melalui online. Pergi sahaja ke website MyEG, semua masalah boleh selesai. Betul, aku tak tipu. Bukan sahaja urusan road tax, banyak lagi boleh buat seperti periksa saman, renew permit pekerja dan macam-macam.

Kalau aku tahu dari dulu lagi, dah lama aku buat (kasihan kat aku, aku baru tahu hal ni). Tak payah lagi aku nak pergi dan beratur di pejabat pos. Semuanya boleh dibuat di hujung jari sahaja. Klik sini klik sana, dah siap semuanya. Jimat masa dan tenaga. Cewaah!

Lega rasanya bila urusan road tax dan insurans kereta dah selesai. Fuuh!

p/s: semakin senang sekarang, klik klik je. 

Thursday, September 12, 2013

Hutang

Ok..semangat aku nak update blog aku hari ini. Semangat tu penting tapi jangan pula semangat hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula je berkobar-kobar tapi lepas tu terus ke laut. Hahaha...

Sekarang ni kalau aku masuk kerja, aku nak sangat cepatlah hari Jumaat sebab esoknya aku boleh rehat. Bukannya aku tak suka tapi kalau dok hari-hari buat kerja sama, siapa boleh tahan? Bayangkan tahun ini adalah tahun keenam aku kerja di opis aku. Nak cari kerja lain, ada lagi yang boleh terima aku ni? Itu belum lagi dengan permintaan aku tak nak kerja jauh dari Bangi, gaji nak 5 angka dan kemudahan-kemudahan lain. Amboi kau..bukan main kau nak demand ya. Banyak cantik muka kau.

Alaaa aku gurau je. Kalau nak minta macam-macam, baik aku buka syarikat aku sendiri. Akulah boss, akulah pekerja. Betul tak? Sebelum tu, kalau boleh aku nak selesai segala hutang-hutang aku. Aku harap apabila aku umur 40 tahun (alamak tahun depan!), semua hutang aku akan selesai. Tak kiralah hutang kad kredit, ansuran kereta dan lain-lain. Nasib baik duit pinjaman pelajaran JPA dah selesai. Fuuh! 

Bab hutang, jangan main-main. Ada beberapa ingatan daripada Rasulullah kepada mereka yang berhutang, sama ada yang suka berhutang, melambat-lambatkan pembayaran hutang atau mereka yang tidak melangsaikan hutangnya. Rasulullah turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.

Dalam urusan perbelanjaan harian, memang aku cuba elak untuk pakai kad kredit. Kalau ada duit tunai, memang aku bayar terus. Aku pakai kad kredit bila tiba kes terdesak dan lepas tu aku akan pastikan aku akan bayar sepenuhnya. Kalau bayar sebahagian, ada pula kena bayar kadar faedah. Lama-lama jadi banyak pula nak kena bayar.

Semalam kebetulan ada pihak bank call aku dan menawarkan pemberian wang tunai secara tidak langsung macam beri pinjaman dengan kadar faedah yang kompetitif. Aku terpaksa tolak tawaran tu sebab aku rasa aku belum lagi nak pakai duit lebih. Ditambah pula aku rasa cukuplah jumlah hutang yang aku ada. Tak nak tambah lagi ya. 

Jangan tak tahu, bilangan muflis dan bankrap di Malaysia yang di bawah umur 25 tahun semakin bertambah dan mengikut statistik sejak 3 tahun lalu, 43, 667 orang dilaporkan muflis. Bahaya kan? 

p/s: belanja sekadar mampu. 

Wednesday, September 11, 2013

100,000 total pageview


Tak sangka dah melebihi 100,000 total pageview. Terima kasih kerana sudi singgah blog aku. Ini yang buat bertambah semangat nak update blog. Ok, lepas ini aku akan rajin tulis ya. 

p/s: sayang semua.

Friday, September 6, 2013

Kalau ikutkan hati

Kalau ikutkan hati, aku nak pergi melancong lagi tapi aku terpaksa tolak. Siapa boleh tahan tengok tawaran yang menggoda contohnya ke Bangkok 3 hari 2 malam untuk 2 orang (tiket kapal terbang dengan hotel di Best Western Bangkok) harga RM796. Murah kan? 

Rileks..Sabar dulu. Aku memang ada plan untuk tahun depan tapi lokasinya tak pasti lagi. Kalau boleh aku nak pergi tempat yang belum pernah aku pergi lagi. Baru mencabar. Ada sesiapa nak jadi travel partner aku? Kalau ada, sila beritahu aku nanti bolehlah kita plan sama-sama nak ke mana. Ada berani? 

Aku rasa dah sihat sikit badan tapi selsema ada lagi. Malas nak pergi klinik, mesti bagi ubat sama lebih-lebih lagi kalau aku ke klinik Az-Zahrah tu. Aku banyak kali komplen klinik ni tapi pelik ramai juga yang pergi situ. 

InsyaAllah aku cuba rajin-rajinkan diri untuk update blog walaupun sekadar sebaris ayat. Hehehe..Sejak dua menjak ni agak sibuk sikit. Boss pula selalu cari aku suruh siapkan kerja. Nak buat macamana, demi sesuap nasi. 

Oh ya, hari ini hari terakhir syawal. Aku tak sempat nak puasa 6 dan aku rasa terkilan juga. Tahun depan insyaAllah aku buatlah.  

p/s: asyik nak makan sahaja. tanda-tanda nak periodlah tu. 

Monday, September 2, 2013

Tak sihat badan

Ya aku tahu dah lama tak update blog. Aku kena demam, selsema dan batuk tapi sempat lagi buat 5 biji kek untuk jamuan makan-makan baru-baru ini. Hehehe...

Nanti aku tulis panjang-panjang ya. 

p/s: achooom..sreeet sreeet. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails