Thursday, September 12, 2013

Hutang

Ok..semangat aku nak update blog aku hari ini. Semangat tu penting tapi jangan pula semangat hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula je berkobar-kobar tapi lepas tu terus ke laut. Hahaha...

Sekarang ni kalau aku masuk kerja, aku nak sangat cepatlah hari Jumaat sebab esoknya aku boleh rehat. Bukannya aku tak suka tapi kalau dok hari-hari buat kerja sama, siapa boleh tahan? Bayangkan tahun ini adalah tahun keenam aku kerja di opis aku. Nak cari kerja lain, ada lagi yang boleh terima aku ni? Itu belum lagi dengan permintaan aku tak nak kerja jauh dari Bangi, gaji nak 5 angka dan kemudahan-kemudahan lain. Amboi kau..bukan main kau nak demand ya. Banyak cantik muka kau.

Alaaa aku gurau je. Kalau nak minta macam-macam, baik aku buka syarikat aku sendiri. Akulah boss, akulah pekerja. Betul tak? Sebelum tu, kalau boleh aku nak selesai segala hutang-hutang aku. Aku harap apabila aku umur 40 tahun (alamak tahun depan!), semua hutang aku akan selesai. Tak kiralah hutang kad kredit, ansuran kereta dan lain-lain. Nasib baik duit pinjaman pelajaran JPA dah selesai. Fuuh! 

Bab hutang, jangan main-main. Ada beberapa ingatan daripada Rasulullah kepada mereka yang berhutang, sama ada yang suka berhutang, melambat-lambatkan pembayaran hutang atau mereka yang tidak melangsaikan hutangnya. Rasulullah turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.

Dalam urusan perbelanjaan harian, memang aku cuba elak untuk pakai kad kredit. Kalau ada duit tunai, memang aku bayar terus. Aku pakai kad kredit bila tiba kes terdesak dan lepas tu aku akan pastikan aku akan bayar sepenuhnya. Kalau bayar sebahagian, ada pula kena bayar kadar faedah. Lama-lama jadi banyak pula nak kena bayar.

Semalam kebetulan ada pihak bank call aku dan menawarkan pemberian wang tunai secara tidak langsung macam beri pinjaman dengan kadar faedah yang kompetitif. Aku terpaksa tolak tawaran tu sebab aku rasa aku belum lagi nak pakai duit lebih. Ditambah pula aku rasa cukuplah jumlah hutang yang aku ada. Tak nak tambah lagi ya. 

Jangan tak tahu, bilangan muflis dan bankrap di Malaysia yang di bawah umur 25 tahun semakin bertambah dan mengikut statistik sejak 3 tahun lalu, 43, 667 orang dilaporkan muflis. Bahaya kan? 

p/s: belanja sekadar mampu. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails