Semakin lama, semakin jarang aku update blog. Bukannya aku tak nak update cuma kadang-kadang aku tak ada idea nak tulis apa. Hari-hari yang aku lalui selama ini, sama je. Lebih-lebih lagi keadaan kereta Myvi aku yang tak tahu bila nak siap? Bila aku check dengan bengkel, habis cepat siap pada hujung bulan ni. What? Lama gila ok. Dah lebih 1 bulan aku tunggu dan selama itulah aku tak bawa kereta.
Pasal kerja pula, aku rasa nak je tukar department. Bayangkan aku dah 7 tahun bawah department yang sama. Sekali-sekala aku nak juga merasa masuk department lain. Asyik buat kerja yang sama, mana tahan beb. Nak cari tempat kerja lain? Ada lagi ke yang nak terima aku?
Sebenarnya aku dah tak sabar dengan trip plan aku Bali dan yang terbaharu ke Brunei. Eh kebetulan, sama-sama mula dengan huruf B! Setakat ini, ada lagi beberapa perkara yang perlu diuruskan dan paling utama ialah perbaharui pasport. Pasport aku nak tamat tempoh pada bulan April 2014. Alang-alang nak perbaharui pasport, aku nak buat terus 5 tahun. Amik kau. Biar lama sikit dan tak perlu nak pening kepala bila dah tamat tempoh.
Pergerakan aku agak terbatas sekarang sejak kereta Myvi aku tak ada. Apa-apa pun, bila kereta Myvi aku siap nanti, baru aku dapat uruskan semuanya dengan lebih lancar. Rindunya dengan kereta Myvi aku tu. Kali terakhir aku tengok dia pada awal bulan Februari. Kasihan aku tengok, bumper depan dan belakang kena cabut. Pada masa yang sama, ramai kawan aku beri cadangan untuk beli kereta baru. Amboi nak goda aku ya. Pandai korang. Aku sayang lagi dengan kereta Myvi aku tu. Apa taknya, itulah kereta pertama aku. Banyak betul jasa telah diberikan kepada aku selama hampir 9 tahun bersama-sama.
Ok, lepas ni aku akan cuba rajin-rajinkan diri untuk update blog. Ya..aku cuba sedaya upaya. Kalau aku lama tak update, jangan marah ya.
p/s: marah-marah nanti, kena jual tau.
kak long trade in je la myvi tuh... awal taon aritu kalo trade in dpt le rm19K tapi utk myvi taon 2007 ke 2008 punye ler... 9 taon tu lama dah...dah abih utang kan... kamon kak long....hahahaaa
ReplyDeletehajat hati nak tukar kereta tapi tunggu dulu.
Delete