Tuesday, May 13, 2014

Day 5 - Miri

Punyalah lama aku nak habiskan cerita trip ke Brunei-Miri. Macamlah lama sangat aku ke sana kan. Ini baru 5 hari ke sana, kalau dibuatnya sampai 1 minggu atau 1 bulan rasanya lagi lama. Ok, kita sambung cerita kita. 

Memandangkan hari ini adalah hari terakhir, tak banyak tempat aku pergi. Selesai sahaja makan pagi, kami terus check out. Trip partner aku keluar lagi dengan kawan dia manakala aku keluar dengan kawan aku. Walaupun aku dah makan pagi di hotel, masih ada ruang untuk aku makan lagi. Nak buat macamana makanan dengan aku memang tak dapat dipisahkan.


Teh 3 Lapis


Mee Kolok

Mee Jawa

Mee Pok

Memang terbaik makanan kat situ. Kalau ikutkan hati, aku siap nak minta bungkus tapi tak jadi takut dah basi bila sampai rumah. Sayang je kan. Tak tahu bila agaknya dapat makan lagi. 

Lepas makan, kawan aku bawa ke The Grand Old Lady yang terletak di Canada Hill. Katanya dulu kawasan ini adalah kawasan gali minyak dan sekarang telah dinaiktaraf menjadi tempat peninggalan bersejarah dan berharga untuk negara. Di sini juga terletaknya Muzium Petroleum dan kita boleh mengetahui lebih lanjut proses dan sejarah gali minyak. Jangan lupa ambil gambar pemandangan sebab kita boleh melihat pemandangan seluruh bandar Miri di situ. 

Pemandangan seluruh bandar Miri. 



Kawasan gali minyak, The Grand Old Lady. 

Muzium Petroleum. 

Memang tak lama aku di sini sebab panas sangat. Kawan aku terus bawa aku ke rumah kawan dia, Ani. Memandangkan flight aku pukul 3.50 petang, kami lepak-lepak dulu. Sempatlah aku solat dulu sebelum bertolak ke lapangan terbang. Sebelum ke lapangan terbang, singgah sekejap di Miri Luak Esplanade. Ramai yang datang ke sini datang untuk makan-makan. Aku pun tak lepas peluang untuk makan (makan lagi??) sambil menikmati keindahan pantai. 

Pantai di Miri Luak Esplanade 

Gerai-gerai makanan. 

Tak boleh nak lama-lama sebab partner trip aku dah sampai di lapangan terbang. Rasa bersalah pula sebab buat dia tertunggu-tunggu. Sorry ya. Nasib baik tak jauh ke lapangan terbang, cuma mengambil masa 5-10 minit untuk sampai. Fuuh lega. Alhamdulillah urusan check in berjalan dengan lancar. Lebih kurang dalam pukul 6 petang, sampailah kami ke LCCT. 

Terima kasih kepada kawan aku yang sudi bawa aku jalan-jalan sekitar bandar Miri. Tak lupa juga kepada trip partner aku, Ain yang sudi temankan aku sepanjang perjalanan kita ke Brunei-Miri. Tanpa mereka, tak mungkin perjalanan ini akan menjadi kenyataan. 

Selepas ini, ke mana kita?? Tunggu!

p/s: lega dah siap cerita trip Brunei-Miri. 

4 comments:

  1. Replies
    1. Akhirnya. Jenuh aku nak abiskan cerita.

      Delete
  2. Lama Jm x singgah rupanya dh last day yek. Nak siapkan entry bg Jm pun satu prob sebab amat sukar cari idea nak menulis
    Camna cuti Brunei mest best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti di brunei best. Makan best. Lama juga nak habiskan cerita trip kali ni. Ada je yang menghalang.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails