Thursday, November 13, 2014

Mokhtar Dahari




Cuba tengok Google.com hari ini. Ada gambar Mokhtar Dahari sempena hari lahirnya yang ke-61. Siapa tak kenal Mokhtar Dahari. Beliau adalah idola bola sepak yang terkenal pada zaman 1970an dan pernah mendapat anugerah pemain terbaik Asia. 

Aku kagum dengan Mokhtar Dahari sebab beliau adalah seorang yang setia. Bayangkan beliau telah mewakili pasukan bola sepak Selangor lebih daripada 15 tahun. Siapa lagi yang pernah mewakili satu pasukan yang sekian lama di Malaysia. 

Aku ingat lagi yang pasti setiap kali perlawanan yang melibatkan Mokhtar Dahari, aku tak akan lepaskan peluang untuk menyaksikannya. 

Pada tahun 1991, Mokhtar Dahari meninggalkan kita semua akibat penyakit yang dipanggil sebagai muscular dystrophy. Hingga sekarang, tiada siapa dapat menggantikan tempat dan menandingi kehebatan Mokhtar Dahari. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang yang beriman. 

p/s: beliau memang Supermokh!

6 comments:

  1. terharu kan tgok org luar pun menghargai bakat Supermokh kita. Al Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tu la pasal tiada siapa dapat menggantikan beliau.

      Delete
  2. Alfathah...pagi tadi bukak google dah nampak pic ni cuma tertanya2..siapa org ni? akhirnya terjawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mokhtar dahari. Dah terjawab soalan JM tu.

      Delete
  3. baru tahu hehe. patutla nampak google semalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar lambat tahu drp tak tahu langsung. Bangga pula ada pic mokhtar dahari semalam.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails