Monday, December 8, 2014

Big Bad Wolf 2014

Hati sangat teruja bila Big Bad Wolf dah mula pada 5 Disember sehingga 16 Disember. Sudah menjadi lumrah aku pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memborong buku. 

Pada hari semalam, aku pergi pagi sebab selalu aku dengar cerita kalau pergi sebelah malam memang ramai orang. Lebih kurang pukul 9 pagi aku dah sampai di MIECC, Seri Kembangan. Masa aku sampai, semuanya berjalan dengan lancar. Kereta tak banyak beratur, nak cari parking pun senang dan orang pun tak ramai sangat masa tu. Akak sangat suka!

Lampu hiasan Big Bad Wolf. 

Pintu masuk. 

Masuk sahaja dewan MIECC, aku berpecah dengan ayah dan adik aku. Pandai-pandailah bawa diri dan carilah buku sesuka hati. Aku dapat rasakan pada tahun ini, pilihan buku lebih banyak berbanding tahun lepas. Susunan dan pembahagian buku pun lebih teratur. Baguslah macam tu. Aku pun boleh tengok buku dengan hati tenang. Nampak je buku yang berkenan, terus masuk beg. 

Oh ya lupa nak beritahu. Untuk memudahkan membawa buku, bawalah troli atau beg beroda sendiri. Memang ada disediakan kotak untuk simpan buku tapi kalau buku dah banyak, mesti berat nak bawa. Ingat tu. 

Lebih kurang 10.30 pagi kami keluar dari MIECC dan masa ini bertambah ramai orang yang datang. 

Mari aku tunjukkan hasil tangkapan aku. 

20 buah buku dengan harga RM199. Sangat puas hati!

Aku selalu beli buku yang banyak gambar atau yang berunsur humor. Malas dah nak beli novel tebal-tebal. Bukan apa, tak tahu bila masanya aku nak baca. Ada pernah beli novel sebelum ini tapi tak habis baca pun. Ada sesiapa nak?

Apa lagi. Pergilah ke Pesta Buku Big Bad Wolf. 

p/s: suka bau buku baru. 

6 comments:

  1. Replies
    1. tak lah banyak sangat. kalau ikutkan hati nak borong lagi. hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. memang seronok
      so far belum pernah miss lagi kalau ada big bad wolf ni

      Delete
  3. apa? x pernah miss..JM lak belum pernah pegi or terjah huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kata JM cuba pergi untuk tahun ni.
      memang banyak buku boleh gila dibuatnya.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails