Mari kita sambung perjalanan GOR lagi. Memang banyak perhentian sepanjang perjalanan GOR ni dan setiap kali berhenti akan mengambil masa lebih kurang 30-40 minit. Masa inilah kita ambil kesempatan untuk ke tandas, beli air, ambil gambar dan macam-macam lagi. Destinasi seterusnya adalah:
1. Kennett River
Sedikit info berkenaan Kennett River:
If wildlife is your scene, then look forward to hanging out with cute looking koalas in the coastal precincts of Kennett River. With plenty of opportunities galore for bird watching, trekking and indulging your senses in the wilderness of the region, this stop is best visited for the famous kookaburra. And yes, there are plenty of colourful parrots, lorikeets and other native birds vying for your attention too!
Di sini kita boleh lihat kaola tapi sayang semua koala yang ada malu sangat. Tak salah aku, aku nampak 3 ekor koala tapi semua tak berapa nampak sebab mereka panjat pokok terlalu tinggi.
Nampak tak koala?
Banyak burung berehat.
Ramai juga yang berkhemah di sini. Katanya kena tempah sekurang-kurangya 1 tahun sebelum untuk dapatkan tempat.
Comel pula aku tengok 2 beradik ni.
Boleh singgah kedai runcit untuk beli kopi.
2. Apollo Bay
Menjamu selera makan tengahari di Apollo Bay. Untuk pengetahuan semua, makanan tengahari termasuk dalam sebahagian daripada pakej perjalanan GOR. Jangan risau, kedai makanan tersebut menghidangkan makanan halal.
Iluka, kedai makanan yang menyediakan makanan halal.
Order pizza cheese with garlic.
Deretan kedai di Apollo Bay.
3. Maits Rest
Kepada sesiapa yang sukakan alam semulajadi, di sinilah tempatnya. Di sini juga letaknya pokok fern dan tumbuhan liar yang jarang dapat dilihat.
Kita boleh menerokai sekeliling Maits Rest dengan berjalan kaki sepanjang 800 meter trek jalan kaki. Penat juga jalan kaki tapi bila melihat keindahan hutan hujan, terus hilang penat.
Pokok yang menghijau.
Boleh muat 2 orang!
Trek jalan kaki. Macam dalam cerita Lord of the Rings.
4. Lavers Hill
Lavers Hill adalah kawasan yang terkenal dengan pemandangan yang indah dan ia juga terletak pada kawasan paling tinggi dalam perjalanan GOR.
Mercu tanda Lavers Hill.
Selepas ini adalah kemuncak perjalanan GOR. Apa kita sambung dulu ya. Boleh kan?
p/s: kagum melihat keindahan semulajadi.