Wednesday, August 19, 2015

Pergi atau tidak?

Pada hujung bulan ini aku ada trip ke Bangkok. Sejak ada kes bom meletup melanda di Bangkok baru-baru ini, buat aku rasa serba salah dan gelisah. Nak lepaskan terasa sayang pula. Apa taknya, tiket penerbangan dan urusan hotel dah siap belaka.

Bila fikir balik, keselamatan pun penting juga. Dengar berita pasal bom di Bangkok, ramai juga yang terkorban termasuklah warga Malaysia.

Kalau korang diberi pilihan, nak terus pergi ke Bangkok atau tidak? Apa-apa pun, harap semuanya selamat dan doakan yang terbaik. 

p/s: hajat hati nak ke bangkok. 

Tuesday, August 18, 2015

Taiwan House, Cyberjaya

Aku rasa ini adalah kali pertama ulasan makanan yang tak sempat nak makan. Taiwan House ni baru sahaja buka beberapa hari dan ia terletak di Shaftbury Cyberjaya. 

Punyalah teruja aku nak mencuba makanan mereka tapi akhirnya aku kecewa. Tunggu punyalah lama mahu dekat setengah jam tapi makanan tak sampai-sampai juga. Nak kata ramai orang masa tu, taklah ramai sangat. Staff dah ramai. Apa yang membuatkan masa terlalu lama, aku sendiri tak tahu. 

Walau apa pun, aku sempatlah ambil gambar konon nak bagi ulasan berkenaan kedai ini. Oklah, cuma 1 je yang positif. Masa aku sampai, mereka ada menghidangkan air teh percuma. Kiranya sambil tunggu makanan, bolehlah minum teh. 

Menu makanan. 


Suasana dalam kedai. 

Teh percuma. 

Pensel comel untuk tulis order makanan. 

Sebenarnya aku cuba untuk tunggu tapi aku tak boleh bertahan lebih lama. Lapar ok. Apa lagi, aku terus keluar. Aku dapat rasakan semua orang pandang aku bila aku keluar. Pedulilah apa orang nak kata. Ditambah pula staff yang tak faham cakap Bahasa Malaysia dan English. Aduh haru betul!!! 

Nak datang lagi? Aku rasa tak. I'm looking forward siapa yang dah cuba makanan di sini. Jangan lupa beritahu aku ya. 

p/s: kan dah rugi tak dapat pelanggan.

Monday, August 3, 2015

The next Legolas

Semalam ada aktiviti kelas memanah yang dianjurkan oleh opis. Aku masuk konon berangan nak jadi the next Legolas dalam cerita Lord of the rings. Perasan kan? Hahaha...

Aku sebenarnya memang tak ada pengalaman memanah. Pegang anak panah dan busur pun tak pernah. Bila dah masuk, rasa seronok pula. Satu pengalaman yang berbeza. Lagipun aktiviti memanah ini adalah sunnah Nabi. 

Dalam kelas memanah ini, diajar asas memanah terutamanya orang macam aku ni yang tak ada pengalaman langsung. Mari aku tunjukkan antara aktiviti yang dilakukan.

Belajar asas memanah dahulu. 


Siap sedia. 

Gaya dah ada tapi part perut tak boleh nak buat apa-apa.


Ok target elok-elok.

Lepas masuk kelas memanah ni, rasa nak sambung lagi. Untuk pengetahuan semua, kelas memanah diadakan di Pusat Equestrian, Putrajaya. Jadi, siapa nak masuk, boleh tengok website mereka. Good luck!

p/s: jangan kena panahan asmara sudah. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails