Sunday, August 16, 2009

Presentation assignment 2

Alhamdulillah

Presentation tadi berjalan lancar. It's really short and simple. Sampaikan dia orang cakap presentation aku yang paling cepat. Yang penting just sampaikan isi penting. Mana yang tak penting tak perlulah nak present.

Aku pun tak sangka presentation tadi memang ambil masa yang singkat. Rasa ada kot dalam 5-10 minit. Bajet sorang nak present dalam 15-20 minit. Dahlah masa aku present tadi, dah petang so classmate aku semua dah gelisah sebab nak balik cepat. Bayangkan presentation start pukul 10am terus sampai pukul 4. Direct woo kalau break pun kejap je. Siapa yang dapat present awal tu oklah sebab azab dah habis cepat. Yang nak present lambat dok tunggu bila lagi giliran.

Mr. X?
Dia ok as usual. Aku rasa dia memang dah biasa bab presentation ni. Tengok dia selamba je. Aku ni je yang lemah sikit aaa. Aku cuba tak nak gementar tapi bila aku present tadi aku dapat dengar suara aku macam takut-takut je. Eiii tak suka laaaa...Kena prektis lagi ni.

Tak sangka assignment aku kali ni dapat siap dalam masa 1 minggu (siapkan report, slides presentation dan presentation). 1 usaha yang sangat membanggakan!! Anyway..tak sepatutnya aku buat macam ni selalu. Buat kerja last minit. Dahlah buat kerja copy paste aje. Hmm tak ada kualiti langsung!! Malu aku..cewaahh!!

Aku suka classmate aku especially group assignment aku (include Mr. X lah..hehehe). Bab kerjasama dan sharing maklumat memang bagus. Kalau ada sesiapa yang dah siap assignment dulu, selamba je dok copy. Nak hiduplah katakan. Biasalah tu.

Hujung bulan ni ada final exam. Sempat lagi aku nak study apa yang patut. Doakan aku dapat jawab dengan baik.

p/s: cepatnya masa berlalu...dah nak habis semester ni..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails