Saturday, August 22, 2009

Selamat berpuasa

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan akan diberkati.

Semalam dah mula solat terawih. Semangat betul, hari pertama buat solat terawih sampai habis. Longgar juga lutut aku ni. Lama dah tak buat. Kalau nak diikutkan sebelum ni, buat setakat sampai 8 rakaat je.

Alhamdulillah berkat bulan Ramadhan, aku jumpa balik kawan lama, sama-sama belajar kat ITM. Kali terakhir jumpa pada tahun 1995. Kiranya dah 14 tahun tak jumpa. Masa jumpa kawan aku tu, Che Mah dia betul-betul duduk sebelah aku je. Datang dengan anak sulung dia. What a small world.

Tanya punya tanya, rupanya dia dok kat Bangi lama dah. Laaa...apasal la aku tak jumpa dia sebelum ni? Buat malu aku je, nama je dok Bangi. Hahaha..

Sempena bulan yang mulia ini, maafkan segala kesalahan aku. Nak tulis blog kali ni, kena control sikit ayat tu. Tak boleh nak menyumpah je.


p/s: jangan puasa yang yuk..pagi-pagi buka periuk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails