Senyap je kat opis ni. Ramai dah mula cuti tapi aku masih lagi di sini. InsyaAllah esok aku akan bermula cuti sampai 26 Ogos. Amik kau! 10 hari aku ambil cuti. Hehehe..
Eiii malasnya nak buat kerja tapi sempat lagi update blog. Kalau boss aku tahu apa aku buat sekarang, sure kantoi! Padan muka aku.
Lamanya nak tunggu sampai petang. Sekarang baru pukul 9 lebih, ada lagi 7 jam nak balik. Apa aku nak buat ni?? Mati kutu aku dibuatnya.
Tak sabar nak cuti esok. Macamlah aku nak balik kampung jauh, balik pun balik Bangi. Kepada yang beraya di Bangi, jemputlah datang ke rumah nanti ya.
Ok..aku nak sambung buat kerja. (macam lah ada kerja nak buat)
Sebelum tu, terimalah ucapan daripada aku:
Dalam kerendahan hati,
Ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta,
Ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah,
Ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda,
Tentu ada khilaf dan dosa,
Mohon ampun dan maaf di atas segala-galanya,
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Moga silaturrahim diberkati Allah.
p/s: kuatkan semangat untuk teruskan kerja.
/me salam makcik, cium tangan sambil ulur tangan minta duit raya :)
ReplyDelete/me hulur tangan balik. duit raya? duit raya dah habis. :P
ReplyDelete