Ada yang dah mula kerja hari ni? Aku masih bercuti lagi tapi badan tak berapa sihat, tiba-tiba kena selsema pula. Agaknya terlebih makan rendang masa beraya. Hehehe...
Untuk pengetahuan semua, tahun ni aku sekeluarga beraya di Bangi sahaja. Ramai juga yang tak balik kampung yang senasib dengan aku kat sini. Ada sesiapa juga yang tak balik kampung macam aku? Don't worry, beraya di Bangi ok apa. Tak payah nak fikir pasal kesesakan jalanraya. Betul tak?
Semalam aku sekeluarga balik juga ke kampung sebelah ayah di Temerloh sebab ada Majlis Permuafakatan Keluarga Senyum Jempol. Tak salah aku, tahun ini adalah tahun ketiga dilaksanakan. Apa yang aku dapat aku simpulkan ini juga perjumpaan keluarga Hj. Awang Nayib dan Hjh. Timah.
Pada masa yang sama, dapatlah aku kenal saudara mara yang tak pernah jumpa. Mana yang tak kenal, masa inilah kita kenal. Mana yang dah kenal, masa inilah kita bertambah erat. Alhamdulillah, sambutan untuk tahun ini lebih menggalakkan. (sebab dah kali ketiga jadi lebih tersusun agendanya) Lebih kurang 400 orang telah mendaftarkan diri semalam. Perrgghh ramai gila! Untuk perjumpaan keluarga tahun lepas, boleh rujuk di sini.
Serba sedikit mengenai keluarga Hj. Awang Nayib dan Hjh. Timah, mereka mempunyai 5 orang anak iaitu:
1. Ali
2. Daud
3. Yang Minah
4. Busu
5. Meriam
Generasi keluarga Hj. Awang Nayib dan Hjh. Timah
Mari kita saksikan apa yang berlaku semalam.
Siap ada banner lagi tu.
Khusyuk mendengar ucapan daripada setiap wakil keluarga.
Cak! Sempat lagi tu ambil gambar.
Acara potong pulut dan kek.
Makanlah apa lagi.
Bila nak makan ni?
Ada acara cabutan bertuah tapi dapat nombor yang tak berapa bertuah.
Inilah orang yang dapat hadiah cabutan bertuah. Sukanya dia.
Dah makan-makan, sesi bergambar pula. Ini baru sikit je.
Update cerita.
Update cerita sambil makan-makan.
Dengar cerita, untuk perjumpaan keluarga tahun depan adalah giliran keluarga Daud. Itu keluarga aku! Waah..kena siap sedia apa nak buat tahun depan. Banyak nak kena buat ni. Aku bolehlah nak sumbang apa yang patut. "So Ayah Cik, kalau nak apa-apa, kabo kat koi ok." Tiba-tiba pula tukar slang Temerloh. Perasan betul.
p/s: tak sabar nak buat perjumpaan tahun depan.
Boleh lah update cerita hari ni (Sabtu 10/8)pulak, serta dengan gambar2 kalau ada> saya tak ambil banyak gambar tadi.
ReplyDeleteAbdullah Selayang.