Baru tadi secretary boss hantar kad raya kat aku. "Kak, ada kad untuk akak."
Dalam hati aku tertanya-tanya, "siapa pula yang bagi kad raya kat aku ni?"
Rasanya dah lama aku tak dapat kad raya, mahu lebih 5 tahun. Bila buka kad raya, rupa-rupanya daripada kawan lama, Latip. Sila rujuk kat sini untuk mengetahui lebih lanjut.
Inilah rupanya kad daripada Latip.
Bila dapat kad raya daripada Latip, senyum sampai ke telinga. Akak suka sangat! Masa tengah taip untuk entry ni pun aku masih senyum lagi. Hehehe.. (macamlah korang nampak aku senyum kan?)
Kebetulan pula aku ada kad raya opis, terus aku balas kad raya Latip. Konon nak tunjuk professional lah katakan. Dia bagi kad raya rasmi opis dia so aku kena balas kad raya rasmi opis aku. Takkanlah aku nak bagi kad raya yang beli kat kedai. Sungguh tak sesuai!
Rasanya Latip akan dapat kad raya aku lepas raya sebab aku pos lambat. Biar lambat, asalkan selamat. Betul tak?
Rasanya Latip akan dapat kad raya aku lepas raya sebab aku pos lambat. Biar lambat, asalkan selamat. Betul tak?
Kepada yang minta kad raya aku sebelum ini, harapnya semua dah dapat ya. Itu sahaja yang aku mampu nak bagi.
p/s: rasa-rasa ada orang lain tak nak bagi kad raya kat aku?
No comments:
Post a Comment