Saturday, June 30, 2012

Mari jalan-jalan

Setiap kali masuk tahun baru, aku memang bercita-cita nak jalan-jalan sekurang-kurangnya sekali setahun, tak kiralah dalam atau luar Malaysia. 

Setakat ini, aku dah sampai ke Pulau Langkawi dan Singapura. InsyaAllah pada penghujung tahun ke Labuan dan Brunei (bergantung kepada keadaan kewangan dan masa). Kalau tak jadi, nampak gaya kena tangguh pada masa hadapan. Hehehe...

Tapi...

Untuk tahun 2013, sebenarnya aku dah buat tempahan ke Bangkok dan Shanghai! Amboi kau, bukan main ya. Tahun 2012 tak habis lagi, dah merancang untuk 2013. Nak jalan-jalan macamlah kau banyak duit. Hmm..terpaksalah aku simpan duit tiap-tiap bulan nak belanja nanti. Hari-hari kena bawa bekal makanan ke opis. (no more KFC ok) 

Bangkok pada Januari 2013.

InsyaAllah ke Shanghai pada Mei 2013.

Ada sesiapa pernah ke Bangkok dan Shanghai? Bolehlah kongsi pengalaman jalan-jalan di sana ya. 

p/s: makcik, kau dah ready untuk trip seterusnya? 

Wednesday, June 27, 2012

Subway: beli 1 percuma 1

Hari ini Subway ada buat offer beli 1 percuma 1. Ulang sekali lagi, hari ini sahaja. So masa lunch tadi aku cepat-cepat ke Giant Taman Equine untuk beli subway. Sampai sahaja, punyalah ramai orang dah beratur. Ingatkan aku dah sampai awal, rupa-rupanya ada orang awal lagi daripada aku. 


Panjang lagi orang dah beratur. 

Dekat 1 jam beratur, baru sampai giliran aku kat kaunter. Perrghh lama gila ok. 

Inilah hasil tangkapan aku di Subway. Amboi sekali 4 aku ambil. 

p/s: kalau tak ada free, tak kuasa aku nak beratur panjang. 

Jangan pandang belakang



p/s: lagi seram kalau tiba-tiba bear tu gerak sendiri.

Monday, June 25, 2012

Biggest loser

Aku nak konvo insyaAllah pada bulan Oktober.

Boleh ke aku nak slim balik macam muda-muda dulu? Daripada ini menjadi...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Gambar konvo masa diploma dulu.

p/s: mahu nak kena turunkan berat badan sekurang-kurangnya 20kg. 

Wednesday, June 20, 2012

Garangnya ayah ajar mengaji

Comelnya budak ni belajar mengaji


p/s: ayah aku pun garang.

Tuesday, June 19, 2012

Nak kurangkan berat badan

Aku sangat gembira! 

Sebelum ini, aku selalu mengadu berat badan naik. Apa taknya, masuk opis, bukannya buat apa-apa. Duduk sahaja dari pagi sampai petang. Sampai satu masa, bila doktor suruh aku kurangkan berat badan, baru aku sedar. Aku kena buat sesuatu. 


Berkat 20 hari jaga makan, dah nampak kesan positif dan berjaya turun sebanyak 3kg. Pada mulanya memang susah nak sesuaikan diri sebab asyik rasa lapar tapi aku cuba. Tips yang aku amalkan, bila rasa lapar, aku makan epal. Jangan tak makan langsung pula. Itu lagi bahaya. Manalah tahu dibuatnya aku pengsan, siapa yang susah?


3kg sahaja? Ya aku tahu jumlahnya sedikit tapi kalau nak dibandingkan dahulu, nak turun 1kg pun susah. Bagi aku, itu adalah penacapaian terbaik dalam hidup aku. Cewaah!


Bukan itu sahaja, aku dah boleh pakai baju yang dah lama tak pakai. Sekarang semakin banyak pilihan baju untuk dipakai ke opis. Kalau tak, balik-balik baju yang sama sahaja. 

Target aku nak turun 15kg dalam masa 3 bulan. InsyaAllah boleh. 

p/s: nak pakai kebaya masa konvo bulan 10.

Monday, June 18, 2012

Kawan atau lawan?

Dalam senarai kawan dalam Facebook aku, aku mempunyai 208 orang. Boleh tahan juga ramai tu. Kalau nak ikutkan, dulu lagi ramai sebenarnya tapi tadi aku buat sedikit kemaskini, jadi ada beberapa nama kawan yang tak perlu ada dalam senarai kawan aku. Ada beberapa sebab aku buat demikian dan antaranya ialah:

  1. Orang yang sibuk nak promosi barang atau perkhidmatan. 
  2. Orang yang suka cerita tentang semua perkara. Contoh statement yang agak menyampah nak baca ialah, "hari ni nak makan apa ya?" "rindunya kat suami saya."
  3. Orang suka sibuk nak tahu pasal diri aku atau dikenali juga kepochi.
  4. Orang yang pernah buat hal dengan aku. 
  5. Orang yang selalu tunjuk hebat macamlah kau seorang yang paling bagus dalam dunia. 
Walau bagaimanapun, ada beberapa nama yang tak mungkin aku buang dalam senarai kawan aku. Malulah nak sebut. Aku rasa korang mesti tahu siapa. Aku pernah sebut nama dia berulang kali dalam blog aku ni. Nak tahu siapa? Ok..orang yang aku maksudkan ialah ahli keluarga, kawan-kawan rapat dan siapa ya? Hehehe...

Dulu aku pernah ada kawan yang tak berapa rapat sejak sekolah lagi tapi aku add dia dalam senarai kawan aku semata-mata nak tahu apa perkembangan terkini dia. Lebih kurang macam stalker jugalah aku ni (eeeii jahatnya aku ni). Sebenarnya dia tak buat apa-apa salah pun kat aku tapi biasalah mulut aku ni yang agak kurang ajar, ada sahaja yang tak puas hati. Alaaa..korang pun ada perasaan macam ni kan. Baik mengaku. 

Daripada menambah dosa yang sedia ada, adalah lebih baik aku delete nama dia. Aku rasa cukup-cukuplah macam lagu "Cukup cukup sudah" tu. Ya aku tahu perhubungan antara aku dan dia memang tak mungkin baik dan kalau boleh aku tak nak mengeruhkan lagi keadaan. Peace ok? Kepada kawan aku tu, kalau tiba-tiba kau baca blog aku, aku harap kau faham. 

Apa pendapat korang? Apa kegunaan Facebook dalam hidup korang? Boleh kita kongsi sama-sama dengan memberi sedikit komen. 

p/s: gembira dapat jumpa balik kawan yang lama terpisah dalam Facebook. 

Sunday, June 17, 2012

Merah

Antara banyak warna, aku paling suka warna merah. Aku tak tahu kenapa. Bila aku tengok sesuatu warna merah, mata aku nampak cantik sahaja. Kebanyakan barang aku, warna merah. Beg warna merah, baju warna merah dan kalau boleh serba-serbi nak warna merah (baju dalam sahaja tak ada warna merah). 


Ingat lagi iklan dulu. "Merah sangatlah Mak Ngah macam orang dulu-dulu."


Merah tandanya berani, kuat dan garang tapi sayang ciri-ciri tu tak semuanya ada dalam diri aku. 

Ada orang kata lagi merah itu seksi. Auww! Bila aku tengok badan aku, part mana yang seksi ni? Hehehe..yang ada lemak yang berlebihan. Ada sesiapa nak? 

Sampaikan ada kawan aku beritahu aku, "kalau nampak warna merah, mesti teringat kat aku." Nak buat macamana, aku tak boleh tahan. 

p/s: red lover. 

Saturday, June 16, 2012

Ice cream maker

Siapa suka makan aiskrim? Sila angkat tangan. Aku bukan sahaja angkat tangan, aku angkat kaki yang ambam ni. Hehehe.. My favourite will be butter pecan and strawberry. So yummy! Amboi cakap London pula. 

Aku jumpa Groupon ada buat promosi ice cream maker. Aku memang dah lama nak beli ice cream maker ni. Ada yang jumpa semua harga mahal-mahal belaka. Lebih-lebih lagi kalau beli kenwood ice cream maker. Perrggh! Mahu kopak duit aku dibuatnya.  

Promosi Groupon hanya RM155.

Boleh tahan juga harganya dan penting harganya dalam bajet aku. Waaahh!! Aku dah mula berangan nak buat aiskrim ni. Boleh buat aiskrim mangga, strawberi, coklat dan banyak lagi. Sambil buat aiskrim, kita boleh mengawal kandungan gula. Faham-faham je lah, aiskrim yang jual kat kedai, memang manis. Lagipun aku sekarang berusaha nak kurangkan manis dalam makanan tapi boleh manis dalam senyuman. Cewaah!

Ada sesiapa nak kongsi dengan aku? Kalau beli 3, dapat harga murah sikit. Takkanlah aku nak beli 3 kot? Mana aku nak letak? Kalau ada, beritahu aku ya. Macam biasa, emel sahaja kepada: mazuriah@gmail.com. Cepat-cepat sebab tawaran ni untuk 5 hari sahaja. 

Nak resepi aiskrim? Boleh sahaja cari resepi kat Google. Berlambak resepi ada. Sebut sahaja nak perasa aiskrim apa. Nak cuba resepi yang ini pun boleh. 


p/s: sedapnya makan aiskrim.

Testing ambil gambar

Oh ya. Aku lupa nak beritahu. Aku dah dapat balik kamera aku minggu lepas. Nak tahu berapa jumlah aku kena bayar? RM290 untuk tukar skrin LCD kamera baru. Amik kau. 

Sayang punya pasal, kasi bayar je lah. Dapat je kamera, aku terus testing ambil gambar. Kejap ya...kasi testing ambil gambar dulu ya. 



Asyik ambil makanan sahaja aku ni. Macamlah tak ada benda lain nak ambil gambar. Nak ambil gambar orang, tak ada siapa yang sudi. Setakat ni aku berpuas hati dengan kamera aku. Lepas ni, aku akan kembali aktif untuk kemaskini blog aku ya. (semangat gila)

p/s: lepas ni siapa mahu jadi model aku? angkat tangan ya. 

Friday, June 15, 2012

Muda-muda dulu

Sambil kemas-kemas bilik, aku jumpa gambar lama aku. Alamak..mengimbas kembali kenangan lama beb. Yang tak tahan tu, muka skema gila dan slimnya aku masa tu. Boleh ke aku nak kembali slim macam dulu? Hehehe..soalan yang sungguh mencabar minda. 

Jom tengok sama-sama. 

Ladies only-bersama-sama dengan arwah mak dan adik-adik. 

Sambutan raya terakhir bersama-sama arwah mak, 2001. 

Konvo diploma ITM, 1996. 

p/s: suka dengar stesen radio klasik nasional.

Monday, June 11, 2012

Selamat hari lahir Harith Irfan

Selamat hari lahir yang pertama kepada Harith Irfan pada 9 Jun 2012. Yeaah! Sekejap rasanya dah setahun umur anak saudara aku ni. Dalam umur setahun, Harith dah pandai jalan cuma sayang gigi pula belum tumbuh lagi. Hehehe..

Me with Harith Irfan masa kenduri kahwin sepupu. 

Sempena sambutan hari lahir yang pertama, aku telah sediakan kek carrot untuk Harith. Nak tengok? Maaf tulisannya tak berapa lawa. Masih belajar lagi nak hias kek. 

First birthday cake. Alamak nombor 1 terbalik. 

Birthday siapa ni? Sara atau Harith? Bukan main lagi Harith siap pakai baju Superman. Mahu terbang ke?

p/s: membesar bagai johan. 

Sunday, June 10, 2012

Selamat pengantin baru- Fadzli & Amalina

Hari ini ada kenduri kahwin sepupu aku, Fadzli bersama pasangannya, Amalina di Kuala Pilah. Acara nikah dah berlangsung pada 25 Mei 2012 dan hari ini pula adalah acara menyambut menantu. Selalunya kalau musim kenduri inilah baru dapat jumpa saudara-mara yang dah lama tak jumpa dan meng"update"kan diri dengan berita terkini. Hehehe..

Mari kita tengok gambar pengantin baru kita ini. 

Pengantin baru yang diraikan, Fadzli dan Amalina. 


Pengantin baru dah sampai. Cepat sambut!

Atas pelamin dengan tema warna hijau. 

Makan beradab. 

Potong kek.

Acara yang dinanti-nantikan, karaoke time! Akak nyanyi lagu Ella, Dua Insan Bercinta. Kasi lenggok kepala ya. 

Ambil feel. Tarik kak!

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Makan pun best, lauk gulai daging salai kesukaan aku pun ada. Nak makan banyak tapi kena control,  aku dalam proses diet. Oppss! 

Kepada Fadzli dan Amalina, aku ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia buat selama-lamanya. 

p/s: makin bertambah ahli keluarga nanti. 

Wednesday, June 6, 2012

Rasa kosong pula

Aku memang nak update blog aku tapi kamera aku tengah repair. Kamera aku jatuh masa kat Singapura. Nak menangis dibuatnya masa tu tapi nasib baik masih boleh lagi diselamatkan. Fuuhh!!


Rasa tak syok pula kalau tulis blog kalau tak ada gambar. Rasa kosong sahaja (macam lagu Najwa Latif pula). Kosong..kosong. Hehehe...

Nak ambil gambar pakai handphone, tak ada feel lah. 


Nampak gaya kena tunggu lagi sampai aku dapat balik kamera. Boleh kan? 

p/s: insyaallah dalam bulan ni dapat balik kamera. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails