Selamat pagi semua. Untuk pengetahuan semua, aku makan sahur pukul 3.30 pagi sebab di sini memang cerah awal. Pukul 5.30 pagi dah cerah macam pukul 7 pagi di Malaysia. Seminar mula pukul 9 pagi jadi sempatlah aku ambil gambar pemandangan luar bilik aku.
Kawasan kuning tu adalah kawasan kubur.
Nampak stadium.
Lepas seminar pukul 5.30 petang, kami bercadang jalan-jalan sekitar West Lake. Memang cantik pemandangan di sana.
Pemandangan West Lake.
Rasanya tak lama kami jalan-jalan di situ sebab kami nak kejar tengok persembahan water puppet pukul 8 malam. Masa tengok water puppet, boleh katakan semuanya adalah pelancong luar negara. Memang tak nampak muka orang tempatan di sana.
Apa yang dapat aku katakan, persembahan water puppet memang best. 1 pengalaman yang berbeza sebab dapat tengok puppet tu beraksi atas air. Memang kagumlah bagaimana dia orang boleh kawal pergerakan puppet tu. Kalau aku, agaknya tak gerak langsung! Selama 45 minit persembahan, ditunjukkan kebudayaan orang Vietnam. Jadi sesiapa yang nak ke Hanoi nanti, jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan water puppet ni.
Ini rupa stage water puppet. Skrin TV yang ada di kiri dan kanan tu menunjukkan terjemahan dalam bahasa Inggeris.
Nampak tak puppet atas air? Orang yang mengawal puppet tu berada di belakang tirai.
Selesai tengok water puppet, cari tempat makan sebab aku sempat berbuka puasa dengan minum air sahaja. Tak tahu nak makan mana, sekali lagi aku makan di Restoran Namaste. Kali ini aku makan nasi tomato dengan prawn masala, minum air manggo lassi dan aiskrim coklat sebagai pencuci mulut.
Tengok menu dulu sebelum pilih makanan.
Manggo lassi yang sedap.
Acar buah dan kuah pudina.
Inilah makanan berbuka puasa aku.
Sebelum pulang ke hotel, jalan-jalan lagi di sekitar Old Town. Aku dimaklumkan bahawa kopi Vietnam memang terbaik. Jadi aku sempat singgah kedai kopi untuk membeli kopi untuk dibawa pulang. Yang best tu, kopi dikisar segar masa tu sebelum dibungkus. Memang banyak jenis kopi ada dijual tapi aku beli kopi luwak dengan harga 215,000 Dong 1 paket.
Macam-macam jenis kopi.
Tengok, siap kisar kopi masa tu juga.
Nak jalan lagi, aku tengok kedai dah banyak tutup. Jadi ambil keputusan untuk balik ke hotel. Apa lagi, tahan teksi dan terus ke hotel.
p/s: sambung lagi hari ketiga.