Aku tak pernah makan di Restoran Serai dan tak salah aku, Restoran Serai ada beberapa cawangan di Shah Alam, Subang Jaya dan terbaru di Cyberjaya. Nak juga aku mencuba sebab ada beberapa orang komen yang mengatakan makanan di sini sedap terutamanya Pavlova. Alang-alang dah ada di Cyberjaya, apa kata kita cuba.
First impression bila aku masuk, memang kagum sebab hiasan dan susun atur sangat cantik. Kebetulan masa tu tak berapa ramai orang dan terus dapat meja. Layanan pelayan memang mesra dan ramah. Perkhidmatan yang diberi juga cepat. Tak perlu nak tunggu lama-lama, dalam 10-15 minit dah sampai makanan yang dipesan.
Nak tahu apa yang kami makan?
Serai Iced Tea - air teh ada rasa masam sorbet limau. Aku suka!
Nasi Goreng Kampung - oklah boleh tahan.
Mee Goreng Mamak - masin sikit.
Salted Egg Squid - sedap.
Berry Pavlova - rasa kering sedikit. Aku lebih suka yang lembap dan lembut sedikit macam marshmallow.
Jumlah yang perlu dibayar ialah RM91.30. Amik kau!
Bagi aku, harga yang dikenakan agak mahal. Secara keseluruhan, aku rasa makanannya biasa-biasa je. Agak kecewa sedikit sebab tak seperti yang aku sangkakan.
Kalau diberi peluang, aku rasa aku tak mungkin datang lagi kecuali kalau ada orang belanja aku. Hehehe.. Aku mengharapkan makanannya sedap tapi rupa-rupanya tak. Mungkin aku mengharap terlalu tinggi.
Maklumat lanjut:
Restoran Serai,
P3A 16 & 17, Shaftbury Square,
Persiaran Multimedia 6,
63000 Cyberjaya, Selangor
Ulasan ringkas
Harga: 2/5
Kesedapan: 3/5
Layanan: 4/5
Suasana dan kebersihan: 4/5
p/s: tiba-tiba terasa nak makan steak. mana nak cari yang sedap ya?