Saturday, January 4, 2014

Oh my Myvi

Hari ini dah masuk hari ketiga 2014 dan baru tadi berlaku peristiwa yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Nak tahu? Kereta Myvi tersayang aku kena langgar. Adduuhh!! Baru je masuk bonus, nampak gaya tak sempat aku nak merasa. Terasa macam duit tu akan melayang-layang.

Ceritanya bermula masa aku dalam perjalanan balik ke rumah petang tadi. Kebetulan hujan turun agak lebat dan keadaan jalan licin. Aku tengah beratur nak masuk simpang kanan dan tiba-tiba sahaja kereta Kancil langgar kereta aku dari belakang dan terus kereta aku langgar kereta Grand Livina yang ada di hadapan. Jadinya, kereta Myvi aku dah terkapit. Depan belakang kena langgar. 

Aduhai, aku tak tahu nak cakap apa-apa. Speechless. Pemandu kereta Kancil, entah berapa kali minta maaf dan beritahu aku yang brek kereta tak berfungsi. Aku nak marah macamana, benda dah berlaku. Nasib baik aku tak panik. Kalau tak, aku tak tahu apa nak jadi. 

Inilah rupa kerete Myvi tersayang aku tu. Aku rasa keadaan kereta Kancil lagi teruk sebab tak boleh jalan langsung. Nasib baik kereta aku boleh jalan lagi walaupun dah kena langgar. Yang kereta Grand Livina setakat kena bumper je dan bagi aku taklah serius mana. 


Oh my Myvi. 

Aku bersama-sama pemandu Kancil dan pemandu Grand Livina bincang elok-elok untuk selesaikan masalah ini. Keputusannya kami sama-sama pergi balai polis Kajang buat laporan kemalangan. Selesai buat laporan, kereta Myvi aku dihantar ke bengkel kereta dan dibaiki. Aku tak tahulah berapa lama kereta aku kena tahan. Aku terfikir macamana aku nak pergi kerja nanti. Dahlah kereta yang ada di rumah semuanya manual. Aku manalah tahu bawa manual. Ayoyo!!

Bila kejadian ini berlaku, rasa macam nak ambil kereta baru je. Jahat kan? Aku tahu kereta Myvi aku dah banyak berjasa dan berkhidmat hampir 9 tahun. Sudah pasti, aku sayang. Dahlah ini kereta pertama aku. Banyak kenangan indah bersama-sama. Cewaah!

Aku baru je plan nak pergi kenduri kahwin esok di Seremban. Nampak gaya macam tak jadi je. Sorrylah ya. 

p/s: nasib baik semuanya selamat. Alhamdulillah. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails